Filem Thai wajib tonton di Netflix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Filem Thai wajib tonton di Netflix

Penulis: Nisa Irina

Seperti diketahui umum, negara Gajah Putih atau Thailand memang kaya dengan karya filem mereka yang pelbagai genre seperti komedi, romantik, seram dan thriller. Dalam kita berhibur, filem-filem Thai juga padat dengan mesej tersirat dan pengajaran berguna buat para penonton. Salah satu filem yang masih menjadi kegemaran ramai adalah "Nang Nak", yang dihasilkan berdasarkan lagenda Thai turun temurun. Jadi sementara banyak waktu terluang di rumah ini, jom layan filem-filem Thailand menarik yang kini anda boleh tonton di Netflix!


Filem kegemaran ramai! "Bad Genius" mengisahkan seorang pelajar sekolah elit dengan biasiswa penuh
dan mempunyai otak bergeliga, tetapi dia membuat keputusan untuk membuat duit dengan menjual peperiksaan
kepada pelajar lain. Cara para pelajar ini meniru dalam peperiksaan memang sangat kreatif!


"Bangkok Traffic Love Story" adalah filem romantik yang memberi inspirasi kepada penonton yang
kita masih tak terlambat untuk mencari cinta sejati walaupun sudah dewasa. Ia menceritakan kisah
Mei Li yang berasa sunyi selepas rakan-rakannya berkahwin. Namun semuanya berubah selepas dia
bertemu Lung dan mula meluangkan masa bersama lelaki itu.


Jom tonton gelagat sekumpulan sahabat dalam filem komedi "Tootsies And The Fake", apabila mereka
terpaksa mencari ganti selebriti terkenal yang tidak sedarkan diri akibat kemalangan. Mereka bertemu
dengan seorang peniaga makanan bernama Nam, yang telah banyak menjalani pembedahan plastik sehingga
penampilannya sama seperti Cathy, tetapi perwatakannya jauh berbeza.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 22 Apr 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan