10 pelakon Malaysia paling terkenal di Instagram | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

10 pelakon Malaysia paling terkenal di Instagram

Penulis: Nisa Irina

Selebriti-selebriti banyak memainkan peranan penting di media sosial. Manakan tidak, jika sudah terkenal, pasti ramai para peminat yang ingin mengambil tahu akan kehidupan peribadi serta perjalanan kerjaya mereka. Bukan hanya itu, mereka juga merupakan 'influencers' yang sewajarnya memberi pengaruh atau contoh baik kepada orang ramai. Untuk rekod, penyanyi terkemuka Datuk Sri Siti Nurhaliza mempunyai pengikut di Instagram paling ramai iaitu 7.8 juta. Namun, kali ini kami hanya ingin senaraikan selebriti yang bergiat sebagai pelakon, dan paling terkenal di Instagram.


Neelofa merupakan pelakon Malaysia dengan jumlah pengikut di Instagram paling tinggi,
iaitu seramai 7.6 juta! Tidak hairanlah kerana Neelofa juga merupakan pengacara,
usahawan dan ikon fesyen terkenal yang sering membawa nama ke persada antarabangsa,
sekaligus menjadi idola kepada ramai orang terutamanya golongan wanita.


Zizan Razak adalah salah seorang pelakon dan pelawak tersohor di Malaysia.
Selain berlakon, Zizan juga berbakat sebagai pengacara dan penyanyi.
Dengan jumlah pengikut di Instagram seramai 7.3 juta, ia menjadikan
Zizan satu-satunya pelakon lelaki yang ada dalam senarai ini!


Pernah terkenal dengan drama bersiri "Puteri" suatu ketika dulu, Nora Danish kekal
menjadi pelakon wanita kegemaran ramai. Dengan pengikut seramai 7.1 juta di Instagram,
Nora sering berkongsi rutin penjagaan kulit, aktiviti bersama keluarga,
serta tidak lupa juga video-video TikTok yang mencuit hati!

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 23 Ogos 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan