Filem animasi Indonesia yang anda patut tonton | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Filem animasi Indonesia yang anda patut tonton

Penulis: Nisa Irina

Industri perfileman Indonesia tidak kurang hebatnya seperti negara-negara luar. Malah industri animasi mereka juga semakin memberangsangkan selepas beberapa filem terbitan produksi Indonesia berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Salah satunya adalah filem animasi 2D "Battle of Surabaya" yang berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij serata dunia! Oleh itu, jom lihat senarai filem animasi terbaik yang pernah dihasilkan oleh studio-studio produksi dari negara seberang ini!


Filem animasi 2D "Battle of Surabaya" arahan Aryanto Yuniawan mengisahkan sejarah
perjuangan rakyat Indonesia yang terlibat dengan Perang Surabaya 1945.
Filem ini menceritakan kisah remaja bernama Musa, yang bertemu gadis Jepun
bernama Yumna. Selepas mendapat tahu tentang jawatan rahsia Musa,
Yumna menyertai perjuangan Musa dalam menempuh pengembaraan mereka dalam peperangan itu.


"Meraih Mimpi" merupakan filem animasi 3D muzikal Indonesia pertama yang ditayangkan di layar perak.
Diadaptasi dari buku "Sing to The Dawn", filem ini mengisahkan gadis bernama Dana yang tinggal bersama
keluarganya di sebuah kampung diketua pemimpin kejam, Pairot. Dana perlu menghentikan rancangan
jahat Pairot daripada menjadikan kampung itu sebuah kawasan hotel dan menghalau seluruh penduduk keluar.


Diterbitkan oleh produksi Falcon Pictures, "Si Juki The Movie" merupakan adaptasi komik yang
sama judulnya. Ia menceritakan kisah selebriti kesayangan ramai, Juki, yang mana satu kesalahan telah
membuatkan masyarakat membencinya. Pada masa yang sama, dia cuba menyelamatkan
Indonesia daripada ancaman meteor dengan bantuan Erin.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 10 Mei 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan