Kejadian aneh yang berlaku ketika penggambaran filem seram Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Kejadian aneh yang berlaku ketika penggambaran filem seram Malaysia

Penulis: Nisa Irina

Bagi menjayakan sesebuah filem seram, tidak kira pembikin filem mahupun pelakon pasti inginkan hasil yang terbaik agar ianya benar-benar memberi impak kepada penonton. Untuk itu, penghayatan watak dan set penggambaran haruslah relevan dengan cerita yang ingin disampaikan. Kalau dah nama pun filem seram, pasti akan ada kisah ataupun pengalaman seram yang dialami kru produksi dan para pelakonnya bukan? Oleh itu, mari kita singkap semula cerita yang dikongsikan oleh beberapa selebriti ketika berada di set penggambaran filem seram mereka!


Fazura mendedahkan dia dan kru produksi diganggu kelibat wanita yang menyerupai dirinya
(berambut panjang dan berkebaya putih) ketika menjalani penggambaran filem "Dendam Pontianak".


Ketika penggambaran satu babak filem "Hantu Kak Limah" yang memerlukan Delimawati di atas
bumbung, Mamat Khalid menyedari terdapat satu kelibat menyerupai Kak Limah lalu di belakangnya.


Sukar membezakan lakonan dan realiti, itulah pengakuan Shima Anuar apabila dia dirasuk ketika
menjayakan filem dokumentari "Highland Tower" selepas beberapa kali terlihat kelibat aneh di lokasi itu.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 28 Sept 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan