Koreografi tarian Saroj Khan paling ikonik dalam filem Bollywood | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Koreografi tarian Saroj Khan paling ikonik dalam filem Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Bollywood telah kehilangan satu lagi permata berharga dalam industri apabila guru tarian legenda Saroj Khan meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Jumaat (3 Julai 2020) akibat serangan jantung. Saroj telah dikejarkan ke hospital pada 17 Jun selepas mengalami sesak nafas. Berkecimpung dalam industri selama lebih empat dekad, Saroj terkenal dengan pelbagai lagu-lagu Hindi ikonik yang menampilkan tariannya, termasuk yang dipersembahkan oleh Madhuri Dixit dan Sridevi. Sebagai tribute, kali ini kami ingin senaraikan tarian yang dikoreografi oleh Saroj Khan yang menjadi ikonik dalam filem Bollywood.


Lagu "Ek Do Teen" dipersembahkan oleh 'Dancing Diva of Bollywood' Madhuri Dixit
menerusi filem dalam filem arahan N. Chandra "Tezaab" (1988). Saroj Khan
telah memenangi Anugerah Koreografi Terbaik Filmfare 1989 untuk tarian lagu ini.


Dipersembahkan oleh primadona Bollywood Sridevi, lagu "Hawa Hawaii" dipetik dari filem klasik
"Mr. India". Sayangnya ia tidak memenangi apa-apa anugerah kerana
tiada sebarang acara anugerah diadakan pada 1987 dan 1988.


Menampilkan gandingan Anil Kapoor dan Madhuri Dixit dalam filem "Beta", lagu
"Dhak Dhak Karne Laga" kekal menjadi salah satu lagu Hindi ikonik.
Madhuri telah diberi gelaran 'Dhak Dhak Girl' selepas mempersembahkan tarian lagu ini.
Saroj Khan berjaya menjuarai Anugerah Koreografi Terbaik Filmfare 1993.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 07 Jul 2020

Waktu Tayangan