Filem animasi Studio Ghibli di Netflix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Galeri

Filem animasi Studio Ghibli di Netflix

Penulis: Nisa Irina

Peminat tegar animasi Jepun atau 'anime' pasti sudah biasa dengan syarikat produksi Studio Ghibli. Ditubuhkan pada bulan Jun 1985, studio animasi veteran ini diketuai oleh pengarah Hayao Miyazaki dan Isao Takahata dan pengeluar Toshio Suzuki. Empat filem Studio Ghibli juga pernah menerima pencalonan Anugerah Oscar di Amerika Syarikat dan filem "Spirited Away" dinobatkan sebagai Filem Cereka Animasi Terbaik pada tahun 2003. Jadi 'otaku' semua, jom mengembara ke dunia fantasi dengan senarai filem cereka Studio Ghibli yang anda boleh tonton di Netflix untuk mengisi kelapangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini!


Chihiro seorang gadis yang terperangkap di dalam dunia roh yang penuh dengan
makhluk-makhluk aneh. Dia dipaksa untuk bekerja dengan Yubaba untuk membebaskan
ibu bapanya yang ditukar menjadi khinzir. "Spirited Away" merupakan salah satu filem terbaik
terbitan Studio Ghibli dan menerima kutipan tertinggi.


Selepas berpindah ke sebuah kawasan perkampungan bersama bapa mereka,
dua beradik Satsuki dan Mei memulakan satu pengembaraan menyeronokkan apabila
bertemu dengan seekor makhluk berbentuk arnab gergasi yang juga penjaga hutan, Totoro.
Saksikan gelagat mereka dalam "My Neighbor Totoro"!.


Diinspirasikan daripada filem "The Little Mermaid", "Ponyo" adalah kisah gadis ikan emas yang
sudah lama berkeinginan untuk menjadi manusia biasa. Dia kemudiannya diselamatkan oleh
seorang budak lelaki yang membantu untuk merealisasikan impiannya.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 07 Apr 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan