Galeri
Syaitan hanya berbisik dalam "Roh"


Tarikh disiarkan: 14 Mac 2020

Kuman Pictures dikenali sebagai syarikat produksi yang menghasilkan filem-filem berbajet rendah. Terbaru, mereka telah menerbitkan sebuah filem seram berjudul "Roh", arahan debut Emir Ezwan. Menurut Emir, dia mendapat inspirasi daripada filem klasik Jepun berjudul "Onibaba". Tahun lalu, "Roh" telah menerima tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC. Menariknya, filem ini hanya dibintangi enam pelakon iaitu Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron dan isteri June Lojong, serta Putri Syahadah Nurqaseh. "Roh" bakal menghantui penonton pada 19 Mac ini. Sebelum ke pawagam, jom lihat foto-foto menarik filem ini!


Apa makna bangkai rusa atas pokok yang ditemui Along dan Angah?


Kehadiran Adik dalam keluarga tiga beranak ini bakal membawa perkara buruk terhadap mereka.


Along demam panas selepas diganggu kejadian aneh yang menimpa keluarganya.

Tekan seterusnya untuk melihat lebih banyak foto.
Sebelum 1 2 3 4 Seterusnya 
Penulis: Nisa Irina



Filem Berkaitan:
Roh (Melayu) (Undated)





Ticket Pricing Guide