Temubual
Shaheizy Sam berkongsi disebalik "Rembat"


Tarikh disiarkan: 8 Oktober 2015


Shaheizy Sam bawa watak Malik dalam "Rembat".

Belum lagi filem lakonan "Polis Evo" tamat ditayangkan, Shaheizy Sam bakal muncul lagi di layar perak dengan filem komedi terbarunya "Rembat"!

Diarahkan oleh pengarah muda berbakat Shamyl Othman, "Rembat" mengisahkan tentang satu pengembaraan yang dibintangi Sam dan Ah Niu sebagai peneraju, serta Zara Zya, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Arja Lee, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang dua peminat bola sepak tempatan; Malik dan Chin Chye yang dalam perjalanan dari KL ke Johor untuk menyaksikan perlawanan akhir diantara Malaysia dan Thailand pada masa sama cuba mengelak dari ditangkap oleh lintah darat.

Ketika majlis pratonton baru-baru ini, Cinema Online sempat menemubual pelakon berbakat besar ini mengenai pembabitannya dalam filem ini.

Bagaimana rasanya bekerja dengan Ah Niu?

Bekerja dengannya sangat seronok. Dia sentiasa cuba melakukan semua perkara menjadi 'simple' dengan berbincang terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran. Ia sangat membantu kerana anda sudah bersedia apabila penggambaran bermula.


Shaheizy Sam dan Ah Niu.

Babak apakah yang paling sukar bagi anda?

Bukan babak yang sukar untuk dilakukan, tetapi sukar untuk mengekalkan momentum sepanjang filem. Ia agak sukar untuk mengekalkan momentum karakter kerana semuanya berlaku dalam satu hari dan anda perlu menyimpan tenaga sehingga tamat.

Perkara paling mencabar bagi saya adalah untuk mengimbangi semua kerana anda bukan bekerja seorang diri. Jika anda bekerja sendiri seperti satu karakter sahaja, anda tahu anda perlu mengendali semuanya. Tetapi apabila anda bekerja dengan satu pasukan seperti saya dan Ah Niu, kami perlu fikirkan cara untuk mengimbang, selain itu kami juga mempunyai beberapa penampilan istimewa. Jadi kami perlu pastinya artis penampilan istimewa itu turut mendapat perhatian.

Selain itu, bukan senang bekerja dengan artis yang buat penampilan istimewa ini kerana mereka membuatkan saya ketawa tidak henti-henti baik di dalam atau luar set. Ada Zizan, Zulin dan Sheryl, dan kesemua mereka ini sememangnya lucu.


Shaheizy Sam dan Zara Zya sebagai kekasih dalam "Rembat".

Adakah anda mempunyai momen kegemaran dalam filem ini?

Setiap momen ketika penggambaran adalah menyeronokkan. Ia sukar untuk saya pilih, tetapi saya boleh bagi beberapa, seperti babak di mana Sheryl datang ke kereta – ia tidak boleh dilupa. Ketika penggambaran, ia sangat lucu, tetapi satu perkara lagi yang membuatkan saya terkenang adalah kerana jerebu. Ketika itu jerebu sangat teruk sehingga anda tidak boleh melihat apa yang ada di hadapan langsung.

Satu lagi ketika babak di pengebumian, ia lucu. Saya juga belajar perkara baru mengenai pengebumian orang Cina dari Ah Niu.

Adakah anda fikir filem ini mampu mengatasi filem "Polis Evo"?

Saya tidak boleh membandingkan antara dua buah filem ini kerana kedua-duanya dari genre yang berbeza. Malah dari segi lakonan juga berbeza, jadi saya tak berani nak bandingkan. Tetapi saya tahu masyarakat Malaysia sukakan komedi, jadi "Rembat" pasti mempunyai peminatnya tersendiri.


Pelakon utama dan pelakon pembantu "Rembat".

Anda membawa dua watak berbeza dalam dua filem yang ditayangkan hampir sama waktu, bagaimana anda bahagikan masa anda?

Sebenarnya "Rembat" dahulu sebelum "Polis Evo". Kami lakukan penggambaran pada tahun 2013, manakala "Polis Evo" pada tahun 2014.

Adakah anda lebih suka membawa watak serius atau komedi?

Saya tidak kisah membawa watak apa sahaja, kerana untuk pengetahuan anda saya sendiri tidak tahu saya ini orang jenis yang macam mana. Saya boleh bergelak ketawa, tetapi kadang-kala boleh bertukar menjadi seorang yang murung pula. Ia bergantung kepada keadaan sekeliling saya juga. Sebagai contoh, kadang-kala ketika saya di rumah saya akan mengunci diri seorang diri dalam bilik dan berangan. Tetapi apabila bersama rakan pula, saya akan menjadi seorang yang lantang dan sentiasa bergurau senda.


Barisan pelakon dan tenaga kerja "Rembat".

Ada watak yang anda masih belum cuba dan inginkan selepas ini?

Saya ingin berlakon dalam filem biopik. Kerana jika anda berlakon sebagai seseorang yang pernah wujud atau masih wujud dalam dunia ini, jadi anda perlu belajar bagaimana mereka bercakap, cara mereka dan segala-galanya. Selama ini saya membawa watak rekaan yang direka sendiri oleh saya, tetapi berlakon sebagai seseorang yang wujud – anda perlu mengikut sama sepertinya. Ia satu cabaran untuk saya.

Jadi apa perkembangan terbaru anda?

Sekarang ini sedang beri tumpuan mempromosikan filem ini pada masa sama sedang bersedia untuk watak saya seterusnya, tetapi saya tidak boleh dedahkan lagi.

"Rembat" akan ditayangkan di seluruh negara pada 8 Oktober 2015.

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Rembat (Melayu) (8 Oktober 2015)
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)