Pengarah "Jailbreak" mahu 'melebihi batasan' | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Temubual

Pengarah "Jailbreak" mahu 'melebihi batasan'

Penulis: Florey DM


Jimmy Henderson mahu berikan kelainan dalam filem terbarunya.

"Jailbreak" bakal membuka tirai di pawagam tempatan pada awal bulan hadapan.

Diarahkan oleh Jimmy Henderson, filem yang dibintangi oleh pelakon hebat Kemboja serta pelakon Perancis-Kemboja, Jean-Paul Ly yang pernah muncul dalam beberapa buah filem Hollywood.

Filem "Jailbreak" merupakan filem ketiga buat pengarah berasal dari Itali ini selepas lima tahun berpengkalan di Kemboja dengan menghasilkan drama TV dan rancangan sebelum beralih ke dunia perfileman.

Pengarah dan penerbit ini membuat kemunculan pertama dalam filem Khmer pada tahun 2015 menerusi filem "Hanuman". Dia mula bergiat aktif dalam industri filem Khmer sejak tahun 2013 apabila menyumbang kepakarannya dalam filem seram berjudul "Run!".

Antara filem yang pernah membabitkannya termasuk "The Forest Whispers" (pengarah) dan "Mind Cage" (sinematografer).

Dalam filem terbarunya "Jailbreak", Henderson cuba memberikan yang terbaik atau 'melebihi batasan'. Dia telah berkongsi dengan Cinema Online pengalaman bagaimana dia memasukkan beberapa gaya seni mempertahankan diri dalam filem aksinya.


Jimmy Henderson dan pasukannya melakukan latihan babak pertarungan sebelum
penggambaran dilakukan.

Cinema Online: Untuk filem terbaru anda, "Jailbreak", bagaimana tercetusnya idea?

Jimmy Henderson: Idea untuk filem "Jailbreak" tercetus sebelum filem "Hanuman" ditayangkan di pawagam lagi. Saya mengambil masa selama tahun untuk merealisasikan; ia satu proses yang panjang. Ada satu ketika saya berfikiran 'Apa yang sedang berlaku?.

"Jailbreak" merupakan filem padat dengan aksi. Nampaknya seni mempertahankan diri kembali menjadi tema dalam filem anda?

Sebelum ini saya pernah melakukan tinju Thai dan Judo. Saya juga sentiasa mengikuti tinju dan juga MMA (seni pertahan diri campuran) sejak ia diperkenalkan. Ia adalah minat saya: seni mempertahankan diri. Walaupun saya tidak mengamalkannya, saya suka menontonnya. Dengan filem, ia memberi peluang kepada saya untuk meneroka dengan lebih. Jadi itu sebab mengapa saya suka menghasilkan filem seni mempertahankan diri. Saya sudah menghasilkan filem "Hanuman", dan beberapa filem pendek.

Apakah perbezaan filem terbaru anda dengan filem terdahulu?

Skop untuk filem ini lebih besar. Kami akan mempunyai lebih banyak 'stunt' jadi kami perlu bekerja lebih kali ini. Saya juga merancang untuk memasukkan beberapa gaya seni mempertahankan diri dalam filem ini – gusti, silat, taekwondo, karate dan bokator.

Ia akan menjadi sebuah filem pertarungan. Filem aksi ini terbahagi kepada dua kategori iaitu serius, seperti "The Raid", atau hanya komedi, seperti filem Jackie Chan. Kami mahu melakukan kelainan dengan karakter berbeza.


Pengarah Jimmy Henderson melihat koreografer Dara Our melakukan pergerakan
pertarungan dalam salah satu babak dalam filem itu.

Boleh kongsikan pengalaman bekerja dengan Dara Our (Bokator) dan Tharoth Sam (MMA)?

Kedua-dua mereka merupakan atlet yang sangat mahir. Saya hanya perlu membantu mereka memperlihatkan kemahiran mereka dalam bahasa sinematik. Saya juga melakukan penyelidikan mengenai sudut kamera, kerana bagaimana orang menumbuk dalam filem berbeza dalam dunia realiti. Jadi kami perlu sesuaikan untuk skrin. Terdapat banyak babak aksi jadi kami perlu berlatih lama setiap hari.

Apa harapan anda terhadap filem ini?

Saya sangat berharap filem ini akan dapat sambutan. Dengan "Hanuman", kami sedar setiap sumber yang kami dapat, kami masih memberikan persembahan lawan yang hebat. Jadi kali ini dengan sumber yang lebih, saya rasa kami telah menghasilkan sebuah filem yang bagus. Bukan sahaja menghiburkan, lucu, tetapi pada dengan babak pertarungan.

"Jailbreak" bakal menemui penonton di Malaysia pada 2 November ini!

Cinema Online, 25 Okt 2017

Filem Berkaitan:
Jailbreak (Khmer) (02 Nov 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan