Bront Palarae kongsi mengenai subjek polis korup dalam "One, Two, Jaga" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Temubual

Bront Palarae kongsi mengenai subjek polis korup dalam "One, Two, Jaga"

Penulis: Brendan Kwang


Barisan pelakon "One, Two, Jaga".

Kini dilihat semakin banyak filem tempatan mengetengahkan masalah sosial yang dihadapi negara di bawa ke layar perak. Terbaru, filem "One, Two, Jaga" arahan Namron dan diterbitkan oleh pelakon Bront Palarae menerusi Pixel Play, menyentuh mengenai isu sensitif dalam Malaysia.

Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim sebagai anggota polis baru yang mendapati pegawai atasannya korup. Ia turut dibintangi pelakon lain seperti Ario Bayu, Asmara Abigail, Amerul Affendi dan Iedil Putra.

Filem yang dinanti-nantikan oleh peminat ini berdepan masalah sebelum ini, apabila dilaporkan ia tertunda hampir dua tahun.


Ia adalah kerana pihak produksi perlu membuat beberapa rombakan terhadap skrip berikutan isu yang ingin diketengahkan agak sensitif, seperti meneroka korupsi di kalangan pihak berkuasa dan juga pekerja asing.

"One, Two, Jaga" juga mencipta sejarah apabila ia menjadi satu-satunya filem tempatan yang menyentuh mengenai korupsi dalam pasukan pihak berkuasa Malaysia yang diluluskan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia).

Baru-baru ini, Cinema Online sempat berborak dengan penerbitnya iaitu Bront Palarae bagi berkongsi mengenai filem ini serta perkembangan terbarunya.


Bront Palarae berkongsi visi dan rancangan pada masa depan.

Cinema Online: Apa yang reaksi orang ramai terhadap "One, Two, Jaga" berikutan ia menyentuh isu sensitif?

Setakat ini kami agak terkejut dengan sambutan baik daripada orang ramai. Ia seperti pepatah, 'jangan menilai sesebuah buku dari luaran saja', dengan luaran yang agak provokatif, ia sebenarnya boleh menjadi subversif. Untuk mereka yang melihatnya, kami agak terkejut apabila mereka berkata ia sebuah cerita yang menarik, kerana ia bukan sahaja fokus pada isu sedih dunia. Identiti filem ini adalah untuk menghibur.

Adakah filem ini sudah ditayangkan untuk orang awam sebelum ini?

Tidak, Tayangan Perdana Dunia akan diadakan pada April ini di Itali. Ia akan menjadi tayangan pertama. Tetapi sebelum ini kami menunjukkan filem ini kepada Dato' Azmir daripada FINAS terlebih dahulu kerana dia mahu melihatnya walaupun filem ini masih belum siap. Dia hanya bimbang dengan jalan cerita memandangkan ia menyentuh isu sensitif. Dia berkata, "Filem ini menarik juga. Saya jangka ia sebuah naskhah marah atau menuding jari kepada satu pihak". Ya, ia mengenai topik dan komuniti korupsi, tetapi kami tidak membuat filem untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa.

Selain di Udine East Film Festival di Itali, di mana lagi anda rancang untuk membawa filem ini ?

Setakat ini apa yang kami boleh sahkan adalah Tayangan Perdana Dunia. Kami juga akan adakan Tayangan Perdana Asia dan juga Malaysia nanti. Manakala untuk 'preview' media pula, ia akan ditayangkan lebih awal, iaitu 10 hari sebelum tayangan filem September ini.

Adakah anda merancang untuk rilis filem ini di negara lain?

Kami kini dalam perbincangan dengan pihak di Indonesia, tetapi sudah pasti saya mahu berkongsi dengan seramai penonton yang mungkin.

Selain "One, Two, Jaga", boleh anda kongsi mengenai projek "Dawn Raid"?

Kami masih lagi dalam proses pembangunan skrip untuk "Dawn Raid", ia belum siap sepenuhnya. Saya rasa saya akan melakukan projek kecil terlebih dahulu sebelum kembali menyambung "Dawn Raid", jadi kini saya sedang sibuk dengan projek "The Intern" pada Julai ini.

"The Intern" mengenai apa?

Ia seperti permainan kucing dan tikus dalam bangunan pejabat yang 'blackout' . Ia mengenai seorang gadis yang terpaksa tinggal dalam pejabat pada hari pertama latihan industrinya. Secara tiba-tiba lampu di pejabat terpadam. Ia akan turut mempunyai babak aksi.

Cinema Online, 06 Mac 2018

Filem Berkaitan:
Terbaik Dari Langit (Malay) (25 Dec 2014)
Pengabdi Setan (Indonesian) (23 Nov 2017)
Jwanita (Malay) (24 Sep 2015)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan