Temubual
Chiu Keng Guan tampil barisan pelakon wanita dalam "Think Big Big"


Tarikh disiarkan: 6 Februari 2018


Pengarah Chiu (kanan) menandatangani poster "Think Big Big" bersama barisan pelakon wanitanya.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, pengarah Chiu Keng Guan bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Think Big Big".

Dijadualkan ditayangkan pada 15 Februari ini, filem ini berkisarkan tentang seorang gadis bertubuh 'comel' bernama Moon, yang mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan. Dia hidup gembira, bekerja sebagai maskot tetapi beban hutangnya semakin banyak sehingga memaksanya untuk menyertai pertandingan mengurangkan berat badan yang memerlukannya berkongsi perjalanan di media sosial.

Ia dibintangi oleh bekas Miss Astro, Serene Lim dan Vivienne Oon, penyanyi Ruby Yap, Moon Yoong, Joanne Lau dan Keigrey Kam.

Menerusi filem ini, pengarah mempertaruhkan hanya barisan pelakon wanita sahaja, yang mana dia mengakui berdepan cabaran sebagaimana dia tidak tahu persahabatan di antara wanita. Baru-baru ini, Cinema Online sempat menemubual pengarah berbakat besar ini ketika pelancaran filem ini di Sunway Pyramid untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai filem "Think Big Big".


Pengarah penuhi impiannya untuk pergi ke angkasa lepas dengan "Think Big Big".

Cinema Online: Dari mana anda dapat inspirasi untuk buat filem ini dan filem ini berkisarkan tentang apa?

Filem ini mengenai impian, diet dan kecantikan. Dalam treler anda dapat melihat filem ini bertemakan angkasa lepas. Ia kerana ia diinspirasikan dari perkara kesukaan saya iaitu angkasa lepas ketika saya masih bersekolah. Saya mempunyai impian yang saya akan ke angkasa lepas tetapi ia tidak berlaku, jadi saya gunakan filem ini untuk realisasikan impian saya.

Apakah cabaran terbesar anda ketika pembikinan filem ini?


Cabaran terbesar bagi saya sepanjang buat filem adalah menampilkan kesemua barisan pelakon wanita. Saya tidak tahu langsung apa yang sering wanita buat dan berborak. Apa mereka buat ketika makan dan lain-lain...

Jadi mengapa anda ambil keputusan fokus kepada semua barisan pelakon wanita kali ini?


Sebagai pembikin filem, pencipta, saya mahu mencabar diri sendiri dengan melakukan sesuatu berbeza. Pada permulaannya, saya membuat filem kekeluargaan, kemudian berubah kepada persahabatan lelaki. Sekarang saya rasa sudah tiba masa untuk saya melakukan kelainan dan saya mempunyai beberapa rakan wanita, dan cerita mereka serta persahabatan wanita menyentuh hati saya. Jadi saya fikir mengapa tidak saya buat sesuatu mengenai perkara itu?


Moon, seorang wanita riang secara tiba-tiba mendapati dirinya nekad untuk masuk ke
pertandingan menguruskan badan, yang turut dikongsi di media sosial.

Berapa lama anda mengambil untuk membuat penyelidikan mengenai filem ini?

Apabila anda mahu membuat filem, anda perlu buat penyelidikan terlebih dahulu sebelum hasilkan skrip. Jadi saya perlu berborak dengan lebih banyak rakan wanita dan bertanya mereka apa yang digosipkan, apa yang mereka sering berborak sekiranya mereka berkumpul lebih ramai. Jadi ia agak menarik.

Filem anda sering mempunyai mesej tersendiri, apa mesej yang ingin anda sampaikan dalam "Think Big Big"?


Tahukah anda mengenai cerita seorang bapa dan anak lelaki dan keldai mereka? Mereka membawa keldai ke pasar untuk menjualnya. Sepanjang perjalanan, orang sering memberitahu mereka cara menjaga keldai. Mereka akhirnya mengikat kaki keldai di tiang dan membawanya ke pasar. Tetapi akhirnya mereka tidak dapat menjual keldai itu kerana ia jatuh ke dalam sungai dan tidak boleh berenang kerana kakinya masih terikat.

Jadi apabila saya baca cerita ini, ia membuatkan saya berikir bagaimana saya boleh mencipta cerita saya sendiri. "Think Big Big" mahu menyampaikan mesej kepada semua orang yang mereka sepatutnya menjadi diri sendiri dan tidak ambil peduli dengan apa yang orang cakap.


"Think Big Big" berkisarkan tentang persahabatan dan cinta terhadap diri sendiri.

Lokasi manakah yang anda pilih sebagai lokasi penggambaran dan mengapa?

Bukit Pelanduk, Seremban, KL. Ia berlatar belakangkan dalam sekolah tetapi anda tidak akan dapat lihat ia kelihatan seperti sekolah. Saya rasa semua lokasi di Malaysia cantik, ia bergantung kepada bagaimana anda melihatnya. Saya pilih Bukit Pelanduk kerana saya pernah tinggal di sana, jadi saya mahu melakukan sesuatu untuk kampung halaman saya.

Selain filem ini, adakah anda sedang mengarah filem lain?


Sekarang saya bakal mengarah filem China yang berkisarkan tentang marathon. Ia filem besar, jadi ia mengambil masa untuk uji bakat dan agak bimbang kerana akan menjalani penggambaran ketika musim sejuk, iaitu -30 darjah, ia sangat sejuk. Kami akan mula penggambaran selepas Tahun Baru Cina.

Satu lagi filem adalah sebuah filem seperti "Ola Bola", yang akan memaparkan seluruh negara di sepanjang 20 atau 30 tahun, yang mana ia masih dalam proses pre-produksi. Ia mungkin akan mula penggambaran tahun hadapan, yang akan dilakukan di Malaysia.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
http://www.cinema.com.my/articles/interviews_details.aspx?search=2018.i_chiukengguanthinkbigbig_3996

Filem Berkaitan: