Namron anggap "One Two Jaga" sebagai 'peperiksaan akhirnya' | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Temubual

Namron anggap "One Two Jaga" sebagai 'peperiksaan akhirnya'

Penulis: Florey DM


Barisan pelakon "One Two Jaga", pengarah dan penerbit bersama trofi FFM 30 mereka.

Menampilkan jalan cerita berani mengenai korupsi dalam kalangan penguatkuasa tempatan, filem "One Two Jaga" mengundang kontroversi dan walaupun ia mendapat kutipan mengecewakan dia pawagam, namun produksi filem itu tidak kisah sebaliknya memberi fokus kepada menyampaikan mesej berguna menerusi filem.

Usaha berterusan dan dedikasi mereka membuahkan hasil apabila filem terbitan Bront Palarae baru-baru ini telah berjaya menang besar pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM 30) dengan membawa pulang enam daripada 10 kategori yang tercalon.

Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Namron), Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh), Poster Terbaik (Jazzy Pictures (Wyman)), Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron), Lakon Layar Terbaik (Amri ROhaiyat, Fared Ayam & Namron) antara yang menerima trofi pada malam kemuncak.

Cinema Online sempat menemubual dengan pengarah Namron bagi berkongsi mengenai kejayaannya di FFM 30 dan mengapa dia merasakan filem itu sebagai 'peperiksaan akhirnya'.


Pasukan "One Two Jaga" memberi trofi FFM 30 kepada pengarah Namron.

Cinema Online: Adakah anda jangka "One Two Jaga" akan menang Filem Terbaik?

Namron: Saya fikir filem "Dukun" atau "Guang" boleh menang. Kerana saya sangat mengagumi Dain Said. Saya pernah bekerja dengannya sebelum ini dan saya tahu betapa hebatnya dia sebagai pengarah. Dan saya rasa "Guang" sebuah naskhah yang baik.

Apakah yang anda rasa "One Two Jaga" berbeza dari filem seperti "Dukun" dan "Guang"?

Mungkin "One Two Jaga" mempunyai kelebihan dari segi kandungan. Filem seperti ini tidak pernah dihasilkan di Malaysia sebelum ini.

Ia segar, ia berani dan mempunyai 'suara'. Ia bukan sekadar filem untuk lari dari rutin harian, di mana kita mencari hiburan dan melihat heroin jelita dan hero kacak. Filem ini tidak menggunakan formula itu, ia lebih kepada isu sosial.

Selain dari kandungan, perkara lain apakah yang anda rasa filem ini berjaya?

Kali ini saya dapat penerbit yang baik, dia berjuang untuk filem ini. Dia perlu berdepan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk mendapat persetujuan. Saya rasa kerana penerbit seperti ini, ia membuatkan filem ini berjaya. Dia juga mempunyai 'cita-rasa tinggi'. Ketika proses suntingan, saya berasa seperti tidak mahu menjadi pengarah lagi kerana dia terlalu teliti. Dia tidak meminta barisan pelakon popular, dia beri fokus kepada jalan cerita itu sendiri.


"One Two Jaga" tampil jalan cerita yang belum pernah dihasilkan.

Selain pencapaian, ia lebih kepada pengiktirafan. Ia memberi saya inspirasi, semangat dan motivasi untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik. Saya mahu bercerita mengenai filem. Ini bukan klise kerana jika saya mahukan pengiktirafan, saya tidak akan bermula dengan pergerakan independent, saya boleh terus ke arus perdana.

Saya rasa "One Two Jaga" seperti 'peperiksaan terakhir'. Saya tidak pergi ke sekolah filem, jadi filem ini seperti projek terakhir dalam melakukan ijazah perfileman.

Tidak kira filem apa saya buat, filem saya mesti perlu ada suaranya tersendiri.

Adakah anda akan terus menghasilkan filem seperti "One Two Jaga"?

Saya ada satu filem yang kini dalam pos-produksi. Filem ini lebih kurang sama yang memberi fokus kepada negara dan masyarakat kita.

Cinema Online, 07 Apr 2019

Filem Berkaitan:
One Two Jaga (Malay) (06 Sep 2018)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan