Temubual
Sangeeta Krishnasamy seronok kerja di sebalik tabir "Adiwiraku 2"


Tarikh disiarkan: 22 September 2019


Sangeeta dan Khairul bertindak sebagai penerbit eksekutif dan ketua penerbit
bekerjasama bagi memastikan filem mereka berjalan dengan lancar.

Apa yang kita boleh belajar daripada filem "Adiwira Ku" sebelum ini adalah guru layak mendapat penghormatan dari kita. Kejayaan filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2017 telah membuka jalan kepada lebih banyak filem tempatan dihasilkan bagi menghargai pengorbanan guru termasuklah filem terbaru "Adiwiraku 2". Jika filem pertama Sangeeta Krishnasamy membintangi filem itu sebagai pelakon utama, namun untuk filem sekuel ini dia tidak lagi beraksi di hadapan kamera sebaliknya dia diberi peluang untuk menerbitkan filem pula. (Walaupun dia mendakwa tidak melakukan banyak, tetapi mesti dia ada berbuat sesuatu yang signifikan sehingga membuatkan ketua penerbit Khairul Anuar Latip memberikannya jawatan sebagai penerbit eksekutif).


Sangeeta bergambar dengan barisan pelakon sebelum penggambaran bersambung.

"Adiwiraku 2" adalah sebuah naskhah yang diangkat dari kisah sebenar mengenai pelajar-pelajar di sekolah pendalaman menjadi pemain kriket kebanggaan negara, di bawah pimpinan Cikgu Azman (Pekin Ibrahim). Sangeeta turut mendedahkan dia sanggup menangguhkan pengajiannya (kepada Ogos tahun ini) di New York Film Academy (NYFA) supaya dia dapat terlibat dengan sekuel ini. Dia juga mengakui terpaksa menukar jurusan daripada Penulis Skrip dan Penerbitan Filem kepada Berlakon untuk Filem. "Saya sangat tertarik untuk melakukan lakon layar tetapi mereka hanya ada untuk lapan minggu sahaja. Biasiswa yang saya dapat hanya untuk empat minggu sahaja," ujarnya kepada Cinema Online ketika dijemput ke lokasi penggambaran "Adiwiraku 2". Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan Sangeeta dalam menerbitkan "Adiwiraku 2", jom baca!


Penggambaran "Adiwiraku" berlangsung selama tiga hari di Institut Victoria,
dan 23 hari di Felda Bukit Rokan, Gemencheh.

Cinema Online: Boleh anda ceritakan sedikit bagaimana boleh tercetusnya untuk hasilkan "Adiwiraku 2"?

Sangeeta: Saya rasa terdapat banyak hero yang tak didendang di Malaysia dan banyak cerita yang tidak diketahui yang sebenarnya perlu diceritakan. Kami mahu melakukan sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi semangat kanak-kanak di negara ini selain membantu sistem pendidikan negara. Kami merasakan kebanyakkan guru masih lagi tidak dihargai, oleh itu kami berharap dapat meneruskan legasi "Adiwira Ku".

Kejayaan filem "Adiwira Ku" adalah kerana ia mempunyai jalan cerita yang cukup menarik dan berjaya menyentuh hati orang yang menontonnya, jadi saya rasa penonton sudah bersedia untuk "Adiwiraku 2". Ia bukan sekuel kepada filem pertama, sebaliknya ia cerita berbeza, tetapi masih mengekalkan elemen utama iaitu kisah inspirasi yang berlaku dalam negara ini. Banyak orang yang tidak tahu Malaysia sebenarnya memenangi pingat emas untuk sukan kriket di Sukan SEA 2017. Jadi kami mahu timbulkan rasa ingin tahu dan bagaimana ia berlaku. Mereka bukanlah pelajar dari sekolah elit, mereka adalah pelajar kampung. Sukan kriket diperkenalkan di Felda Gemencheh 20 tahun lalu, dan kini jika anda pergi ke Gemencheh anda pasti dapat melihat kanak-kanak di kampung bermain kriket di jalanan.

Untuk sekuel ini, anda terlibat sebagai penerbit?

Saya tidak akan beri peranan penting kepada diri sendiri tetapi saya diminta untuk berbuat demikian. Sebenarnya ia bukanlah sukar, jika anda mahu buat filem ia adalah pilihan samada anda mahu melakukannya atau tidak.

Sejujurnya saya tidak melakukan perkara-perkara berat, ianya semua dilakukan oleh Abang Khairul, ketua penerbit, pengarah, semua kerja berat dibuat oleh mereka. Saya hanya membantu sedikit di mana yang perlu.

Bagaimana pula bekerja dengan pengarah Jason Chong dan Eric Ong sebagai penerbit berbanding sebagai pelakon?

Mereka sangat rapat, hubungan mereka seperti pasangan berkahwin, tetapi saya tidak banyak berinteraksi dengan mereka. Saya tidak mahu terlibat dengan proses kreatif produksi filem, ia adalah kerja mereka. Saya perlu mengendalikan pasukan di belakang tabir, saya banyak melakukan kerja-kerja belakang tabir termasuk mengarah sesi temubual. Saya tidak perlu berinteraksi secara terus dengan pengarah kerana tidak mahu menganggu kerja mereka.


Barisan pelakon dan kru produksi ketika sedang membuat persiapan untuk babak seterusnya.

Bagaimanapun pengalaman anda mengendalikan kerja di belakang tabir buat pertama kali?

Saya sememangnya seorang yang sentiasa bersikap ingin tahu mengenai banyak perkara walaupun ketika saya berlaku. Saya sentiasa ingin tahu mengenai perkara yang berlaku di belakang tabir. Jadi saya sangat seronok dapat terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir. Saya sudah menemubual ketua penerbit eksekutif, watak sebenar kerana ia diangkat dari kisah benar, Cikgu Azman dan Shafiq Sharif pemain kebangsaan.

Mungkin ini pengalaman pertama saya mengarah seperti babak di belakang tabir, bertanya soalan kepada orang dan mengarah beberapa babak. Ia sangat menarik untuk berada dalam situasi ini kerana anda dapat merasakan perasaan orang ketika mereka melakukan perkara ini dengan kita [pelakon]. Ketika di set dan pihak media mahu menemubual anda, anda akan berkata 'Boleh kita lakukan kemudian? Saya tidak tahu apa yang hendak dicakapkan' kerana fokus anda ketika hanya kepada kerja anda sahaja. Sekarang saya dapat merasai dan memahami bagaimana pentingnya untuk terlibat dengan pasukan kerja di belakang tabir.

Bagi saya belakang tabir bukanlah hanya semata-mata memaparkan sedutan bagaimana orang melakukan penggambaran. Ia pasti akan bosan, saya tidak mahu satu hari melihat orang melakukan penggambaran, tidak berbuat apa-apa. Jadi kali ini kami masukkan sedikit 'twist', kami pergi menemubual orang kampung, kami bercakap dengan mereka. Mengapa? Kerana kami mahu orang tahu sebelum mereka tonton filem ini, di mana kami lakukan penggambaran, siapa mereka ini, dan mengenai kampung ini. Kami mahu orang merasai pengalaman itu.

Sekarang anda sudah berpengalaman dalam lakonan, menerbit dan mengarah, jadi apa pula yang anda ingin cuba selepas ini?

Lakon layar adalah perkara yang saya ingin buat. Saya sebenarnya sedang mencuba terlibat dengan terlibat dengan kerja di belakang tabir "Adiwiraku 2". Saya cuba untuk cari jalan untuk pasarkan filem ini supaya dapat pergi jauh. Ini adalah satu-satu bahagian dalam industri yang masih berada di takuk lama. Dalam terma pemasaran filem, syarikat besar mempunyai bajet untuk memasarkan filem mereka secara besar-besaran tetapi untuk syarikat kecil tidak dapat berbuat demikian. Jadi saya cuba mencari jalan bagaimana kami dapat memasarkan filem bajet kecil yang mempunyai jalan cerita kuat dapat dipasarkan dengan efektif.


Pasukan penerbitan sibuk berbincang sesuatu di bilik rehat
(pelakon-pelakon berehat sementara menunggu penggambaran bersambung).

Adakah anda akan kembali berlakon dan jika ya, filem apa?

Sebuah filem bercorak politik. Sejak kita diberitahu yang kita mempunyai kebebasan bersuara ketika ini, jadi ia ditulis dalam cara yang memberi inspirasi. Kerana dalam "Rise Ini Kalilah" dan "Jibril" saya membawa watak sebagai penguam, jadi saya rasa penerbit dan pengarah dan penulis skrip melihat persembahan dalam kedua-dua filem itu dan mereka merasakan saya sesuai dengan watak itu.

Selain itu saya juga mendapat tawaran berlakon filem Sri Lankan, yang juga merupakan naskhah yang diangkat dari kisah benar. Sebab utama mengapa pengarah berminat untuk ambil saya kerana saya boleh bercakap Tamil. Saya sangat teruja kerana saya tahu ia sebuah watak yang kuat. Saya bersyukur dapat watak dalam filem yang berteraskan 'kekuatan wanita'.

Sangeeta Krishnasamy tidak akan membuat penampilan dalam "Adiwiraku 2", tetapi sekuel ini akan menjadi naskhah yang berbaloi untuk ditonton apabila ia ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE

Filem Berkaitan:
Adiwira Ku (Melayu) (9 Mac 2017)