Awie belum fikir kahwin lain | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Awie belum fikir kahwin lain

Penulis: Ashraf Nasser


Awie tidak fikir soal jodoh selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

20 Nov – Pelakon dan penyanyi Awie memberitahu bahawa ketika ini dia tidak memikirkan soal jodoh lagi kerana mahu memberi tumpuan kepada anak-anaknya.

Pelakon "Dollah Superstar" itu bagaimana pun berkata sebagai manusia normal dia tidak menolak untuk berkahwin lagi, namun akan lebih berhati-hati selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

"Saya sudah ada lima anak, ada ke lagi wanita mahukan saya? Tetapi sebagai manusia normal saya tidak menolak untuk berkahwin lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Awie berkata jika dia bakal berkahwin lagi sekali pada masa hadapan, dia mahu anak-anaknya yang memilih ibu tiri mereka kerana mahu seorang wanita yang boleh menjaga anak-anaknya dengan baik.

Ini kerana hidupnya kini semuanya untuk anak-anak, dan dia hanya akan gembira jika mereka gembira.

Dalam perkembangan lain, Awie bersama ahli kumpulan Wings bakal mengadakan konsert di Johor pada 25 Disember depan.

Cinema Online, 20 Nov 2015

Filem Berkaitan:
Dollah Superstar (Malay) (02 Oct 2014)
Bikers Kental (Malay) (23 May 2013)
Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (Malay) (07 Feb 2013)
Hantu Kak Limah Balik Rumah (Malay) (09 Dec 2010)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan