Buletin
"Banglo Berkunci" taruhan terbaru Dharma Aizat


Tarikh disiarkan: 25 November 2015


Barisan pelakon dan penerbit "Banglo Berkunci".

25 Nov – Pengarah filem Dharma Aizat tampil dengan karya terbarunya berjudul "Banglo Berkunci" yang menampilkan gabungan pelakon lama dan baru.

Menurut Dharma, pemilihan genre seram ini bukanlah satu taruhan untuk mengukur kutipan pecah panggung, sebaliknya permintaan serta pemilihan dari penonton yang menjadi pengukur.

Bercerita mengenai cabaran yang perlu dihadapinya ketika penggambaran filem berjalan, pengarah "Jalan Puncak Alam" ini berkata kekangan masa merupakan cabaran paling mencabar bukan sahaja untuk dirinya, malah seluruh kru produksi dan pelakon.


Dharma Aizat sahut cabaran arah filem dalam tempoh singkat.

"Cabaran paling mencabar buat keseluruhan produksi adalah kekangan masa iaitu saya diberi masa selama 10 hari untuk menggarap filem "Banglo Berkunci" ini.

"Jika hendak dibandingkan dengan filem-filem lain, tidak mungkin dapat melakukan penggambaran selama 10 hari sahaja, tetapi saya mengambil juga kerana saya mahu mencabar diri saya," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Banglo Berkunci" di Cathay Cineplex eCurve, semalam.

Pada masa sama, Dharma turut berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pelakon-pelakon baru, sekaligus melancarkan penggambaran filem itu.

Filem terbitan Mangkin Prestij ini dibintangi oleh Intan Ladyana, Adiba Yunus, Fahmy Reza dan ramai lagi akan menemui penonton pada 26 November ini.

 

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Banglo Berkunci (Melayu) (26 November 2015)
Jalan Puncak Alam (Melayu) (7 Mei 2015)
Ia Wujud (Melayu) (15 Mei 2014)