Buletin
Bront Palarae harap penonton sokong dua filem terbarunya


Tarikh disiarkan: 26 September 2015


Bront Palarae bawa dua watak berbeza dalam dua filem terbarunya.

26 Sep – Pelakon Bront Palarae muncul dengan dua buah filem yang ditayangkan serentak sejak 24 September iaitu "Jwanita" dan "Girlfriend Kontrak".

Bront memberitahu bahawa dua buah filem tersebut adalah berbeza dari segi genre selain mempunyai kekuatan jalan cerita tersendiri.

"Dua filem ini saya mempunyai kekuatan tersendiri. "Jwanita" genre psiko seram, manakala "Girlfriend Kontrak" pula lebih ringan dan sesuai untuk semua lapisan umur," katanya kepada mStar.

Pada masa sama pelakon berusia 37 tahun itu berharap agar penonton dapat memberi sokongan kepada kedua-dua buah filem lakonannya.

Dalam pada itu Bront gembira apabila pengarah memberikan kebebasan untuknya meneroka watak Zain dalam filem "Girlfriend Kontrak" sekaligus dapat memberikan lebih impak kepada watak yang dibawanya.

Selain itu, Bront turut memberitahu dia juga mencipta sendiri ayat 'punch line' (mencari jodoh) sebagai elemen komedi yang diselitkan dalam beberapa babak.

"Girlfriend Kontrak" turut dibintangi pelakon lain seperti Keith Foo, Risteena Munim, Azad Jazmin dan Fara Fauzana.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Girlfriend Kontrak (Melayu) (24 September 2015)





Ticket Pricing Guide