Bront Palarae gembira "Terbaik Dari Langit" dapat 12 pencalonan FFM27 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae gembira "Terbaik Dari Langit" dapat 12 pencalonan FFM27

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae gembira industri filem tempatan semakin berkembang dengan kemunculan
pembikin filem baru.

24 Ogos – Pelakon popular Bront Palarae mengakui rasa kecewanya terhadap pencapaian filem "Terbaik Dari Langit" terubat apabila ia mendapat 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang akan berlangsung pada 5 September ini.

"Pencalonan ini adalah pengubat luka kepada kami setelah kecewa dengan kutipan di pawagam yang hanya memperoleh RM500,000 sahaja.

"Ketika tayangan pada Disember tahun lalu, negara mengalami tragedi banjir besar di Kelantan dan kapal terbang AirAsia Indonesia terhempas membuatkan promosi agak terjejas," katanya kepada mStar.

Menurut Bront, walaupun filem arahan Nik Amir Mustapha ini adalah sebuah karya yang ringan, tetapi ia adalah sebuah filem yang berkualiti.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu gembira apabila industri perfileman tempatan kini mempunyai ramai pembikin filem baru yang tampil memberikan persaingan menerusi filem bergenre yang lebih pelbagai.

Sementara itu, Bront turut meluahkan rasa gembiranya apabila turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem "Terbaik Dari Langit".

Cinema Online, 24 Ogos 2015

Filem Berkaitan:
Anak Jantan (Melayu) (30 Okt 2014)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Dis 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan