Cristina Suzanne gementar tunggu respon penonton | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Cristina Suzanne gementar tunggu respon penonton

Penulis: Ashraf Nasser


Cristina Suzanne idam bawa watak sebagai ibu lagi pada masa akan datang.

14 Sep – Pelakon popular Cristina Suzanne berkata dia teruja pada masa sama gementar untuk menanti respon daripada penonton mengenai lakonannya dalam filem "Jwanita" yang akan ditayangkan pada 24 September ini.

Menurut Cristina, dia berasa teruja kerana "Jwanita" menjalani penggambaran lebih kurang tiga tahun lalu iaitu sebelum dia menerima anugerah Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi filem "KIL".

"Saya berasa sangat gementar dan berharap semua orang akan menyukainya," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton "Jwanita" di GSC Nu Sentral, KL Sentral, semalam.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu berkata cabaran yang perlu dihadapinya ketika menjayakan watak Julaika adalah dia perlu banyak bermain dengan emosi selain perlu membawa memaparkan sifat keibuan.

"Sebenarnya untuk membawa watak sebagai seorang ibu sangat susah kerana saya masih belum mempunyai anak, bagaimanapun saya sudah memberikan yang terbaik dan berharap ia akan memberi kesan kepada penonton."

Cinema Online, 14 Sept 2015

Filem Berkaitan:
Jwanita (Malay) (24 Sep 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan