Farid Kamil sanggup gelapkan kulit untuk "Langit Cinta" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farid Kamil sanggup gelapkan kulit untuk "Langit Cinta"

Penulis: Ashraf Nasser


Farid Kamil teruja jayakan watak yang belum pernah dibawa olehnya.

3 Dis - Pelakon Farid Kamil mengakui dia sanggup menggelapkan kulitnya dengan berjemur di tengah laut demi menjayakan watak dalam filem terbarunya berjudul, "Langit Cinta".

Menurut Farid, wataknya sebagai seorang nelayan tidak sesuai dengan kulitnya yang cerah dan sebab itu dia mengambil inisiatif untuk menggelapkan kulitnya dengan berjemur selama 1 jam 45 minit.

"Watak Budiman adalah seorang pemuda kampung yang dibesarkan dikalangan nelayan, jadi sudah tentu kulitnya juga sedikit gelap," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, pelakon "Love, Supermoon" berkata dia teruja untuk menjayakan watak Budiman kerana dia belum pernah membawa watak seperti ini.

Tambah Farid lagi, wataknya itu memerlukannya banyak bermain dengan emosi.

Selain Farid, filem arahan Osman Ali ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nur Fazura, Keith Foo dan Siti Saleha.

"Langit Cinta" akan menemui penonton di seluruh negara pada 7 Januari 2016.

Sumber foto: Kosmo!

Cinema Online, 03 Dis 2015

Filem Berkaitan:
Love, Supermoon (Malay) (22 Oct 2015)
Abang Lejen (Malay) (16 Apr 2015)
Anak Jantan (Malay) (30 Oct 2014)
Langit Cinta (Malay) (07 Jan 2016)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan