Buletin
Farid Kamil harap anak keduanya perempuan


Tarikh disiarkan: 28 September 2015


Farid Kamil kini aktif dalam sukan Polo dan bakal menyertai perlawanan Polo di Thailand.

28 Sep – Pelakon dan pengarah Farid Kamil yang kini menanti kelahiran anak keduanya dengan isteri yang juga pelakon Diana Danielle, mengharapkan mereka menimang anak perempuan.

"Jika diberi pilihan memang mahukan anak perempuan, tetapi apa yang penting saya mahukan mereka berdua sihat," katanya kepada Sinar Harian.

Farid dan Diana sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini berusia dua tahun.

Pada masa sama, pelakon "Dampak" ini bersyukur apabila isterinya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika sedang mengandung.

Dalam pada itu, Farid gembira apabila impiannya untuk bermain sukan Polo tercapai, malah dia sudah berjaya mendapat lesen Royal Malaysian Polo Association.

Dengan lesen itu dia kini sudah layak untuk menyertai perlawanan Polo dan dia bakal menyertai perlawanan sukan Polo di Thai Polo & Equestrian Tournament pada Disember ini.

Sementar itu, Farid bakal muncul dengan filem terbarunya "Love, Supermoon" yang bakal menemui penonton pada 22 Oktober nanti.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Love, Supermoon (Melayu) (22 Oktober 2015)