Buletin
Farid Kamil henti mengarah kerana kekangan bajet


Tarikh disiarkan: 17 September 2015


Farid akui teruja menunggu kelahiran anak keduanya.

17 Sep – Pengarah dan pelakon popular Farid Kamil mengakui sudah tiga tahun tidak mengarah sebarang filem kerana kekurangan bajet dan ditambah dengan situasi industri perfileman tempatan yang dilihat semakin nazak.

Pada masa sama Farid juga memberitahu bahawa dia juga tidak berani untuk mengarah telefilem mahu pun drama kerana bimbang tidak diterima penonton.

"Saya dah biasa dengan skala yang besar, jadi takut susah nak berkarya pula. Sekiranya saya mengarah drama atau telefilem, bimbang ia tidak mencapai tahap yang diinginkan penonton," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, walaupun tidak mengarah tetapi Farid bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Love Supermoon" bergandingan dengan Nadiya Nisaa yang akan ditayangkan pada 22 Oktober depan.

Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun itu turut meluahkan rasa teruja untuk menimang cahaya mata kedua bersama isteri Diana Danielle yang dijangka bersalin pada bulan November ini.

Farid turut bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi seperti sesetengah wanita hamil lain dan ia memudahkannya untuk menjaga Diana.

Sumber foto: Imgkid

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide