Buletin
Farid Kamil kini lebih selektif


Tarikh disiarkan: 19 Ogos 2015


Farid Kamil kini tidak mengejar kuantiti tetapi kualiti pada setiap filem lakonannya.

19 Ogos – Pelakon dan pengarah popular Farid Kamil memberitahu bahawa dia kini akan bersikap selektif dalam memilih tawaran berlakon yang diterimanya dan tidak akan menerima tawaran watak yang pernah dijayakannya sebelum ini.

"Waktu dulu industri dilihat seperti tiada masa depan, tapi di zaman muda saya itulah banyak berikan peluang untuk saya cuba berlakon dan bereksperimentasi dengan pelbagai watak. Masa itu saya tak pandang belakang, apa saja tawaran diberi, memang akan diterima.

"Tapi kini saya perlu bersikap selektif dalam memilih watak sebab sudah banyak tawaran yang saya dapat semuanya watak yang dah pernah lakonkan," katanya kepada Utusan Online.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu lagi, dia mempunyai impian sendiri dalam jangka masa 10 tahun akan datang iaitu mempunyai tiga atau empat filem sendiri.

Tambahnya lagi, dia bersikap demikian adalah untuk memastikan dia dapat memberikan lakonan yang terbaik dan berkualiti.

Dalam pada itu, Farid berkata jika dahulu dia mengambil tawaran berlakon filem lebih lima buah filem setahun, tetapi kini cukuplah hanya sebuah filem dalam dua tahun.

Sementara itu, Farid juga berharap agar dapat diberi peluang untuk mengarah dan berlakon dalam filemnya sendiri suatu hari nanti.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
SEMERAH CINTA STILLETO (Melayu) (8 April 2010)
Dampak (Melayu) (19 September 2013)