Farid Kamil rasa tercabar dengan Nadiya Nisaa | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farid Kamil rasa tercabar dengan Nadiya Nisaa

Penulis: Ashraf Nasser


Gandingan kali pertama Farid Kamil & Nadiya Nisaa nyata berkesan dan memberi impak.

21 Okt – Aktor terkenal Farid Kamil mengakui dirinya berasa tercabar dengan aktres Nadiya Nisaa ketika sama-sama menjayakan filem romantik komedi "Love, Supermoon".

Menurut Farid, walaupun ketika penggambaran filem itu berlangsung tiga tahun lalu iaitu sebelum Nadiya Nisaa mendapat anugerah, namun Farid berpendapat dia adalah seorang pelakon yang mempunyai potensi yang cukup besar.

"Sebelum dia menang sebarang anugerah lagi saya dapat lihat kelebihan dan kualiti yang ada pada lakonannya. Walaupun dia baru dalam industri ketika itu, namun dia impak yang diberikan sangat besar," katanya ketika ditemui pada malam gala "Love, Supermoon" di Cathay Cineplex, ECurve, semalam.

Menceritakan pengalaman ketika memulakan penggambaran, Farid berkata dia pada mula terkejut juga dengan penampilan dan gaya yang dibawa oleh Nadiya ke set penggambaran yang dilihat betul-betul seperti budak sekolah untuk babak pertama mereka.

"Pada persembahan babak pertama Nadiya membuatkan saya rasa 'eh dia ni betul budak sekolah ni'. Dengan gaya berkaca mata dan cara berjalan budak sekolah membuatkan saya terasa seperti saya sudah ketinggalan dari segi pemikiran budak sekolah. Saya cakap dia ni lain macam."

Bagaimanapun Farid berkata ia bagus untuk dirinya berasa tercabar kerana ia sedikit sebanyak membantunya untuk memberikan lakonan mantap supaya tidak dibayangi dengan lakonan Nadiya.

Selain Farid Kamil dan Nadiya Nisaa, "Love, Supermoon" turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri dan ramai lagi.

Filem arahan Wan Hasliza ini akan menemui penonton pada 22 Oktober ini.

Cinema Online, 21 Okt 2015

Filem Berkaitan:
Love, Supermoon (Malay) (22 Oct 2015)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan