Buletin
Fattah Amin, Raja Ilya bergandingan dalam "The Gold Coins"


Tarikh disiarkan: 6 November 2015


Fattah Amin & Raja Ilya diberi tanggungjawab menggalas
watak utama dalam "The Gold Coins".

6 Nov – Syarikat produksi Wollywood Productions bakal menerbitkan filem pertama mereka berjudul "The Gold Coins" arahan MP Roslin dengan menampilkan gandingan Fattah Amin, Raja Ilya dan pelakon muda Adik Zarin Razi sebagai peneraju.

Menurut penerbitnya Yank Kassim, filem yang berlatar belakangkan sejarah 1818 dan digabungkan masa kini dengan jalan cerita yang 'adventure' ini, memakan belanja sebanyak RM3 juta.

"Untuk hasilkan sebuah filem yang melibatkan sejarah, kami menyelitkan banyak elemen CGI. Diakui pada mulanya memang kami risau kerana elemen CGI memerlukan kos yang tinggi.

"Tetapi kami digalakkan oleh beberapa penaja kami dan dengan berbekalkan bajet sebanyak RM3 juta kami yakin mampu hasilkan CGI yang lebih menarik," katanya kepada Malaysian Digest.

Filem ini mengisahkan tentang misteri sebuah peluru dan duit syiling emas peninggalan pahlawan terbilang zaman dahulu kala, iaitu pahlawan Panglima Garang.

Dalam pada itu, "The Gold Coins" turut dibarisi pelakon lain seperti Redzuan Hashim, Yank Kassim, Ben Kanobi, Zuraini Kassim, Shahrul Ashikin, Keena Mentor dan Ayuna.

Sementara itu, Yank Kassim memberitahu mereka akan memulakan penggambaran pada Januari 2016 di sekitar Lembah Klang, Muar, Johor dan Melaka.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.




Ticket Pricing Guide