Buletin
Festival Filem Malaysia belum sedia untuk iktiraf "Penjahat"


Tarikh disiarkan: 4 September 2015

 


Pengarah FFM 27 & Pengarah Pemasaran FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

4 Sep – Walaupun beberapa anugerah di luar negara memberi anugerah kepada watak antagonis, namun Festival Filem Malaysia (FFM) masih lagi belum bersedia untuk mengiktiraf watak antagonis.

Menurut Pengarah FFM tahun ini yang juga Pengarah Pemasaran FINAS, Datuk Fauzi Ayob, pihaknya masih belum terfikir mengenai itu.

"Buat masa ini kami belum terfikir lagi untuk memperkenalkan anugerah watak antagonis lagi kerana kita mengikut lunas-lunas budaya Malaysia.

"Kita tidak mahu tonjolkan imej jahat itu walaupun ia ada dalam setiap filem," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian FFM 27 di Symphony Lake Suite, KLCC baru-baru ini.

Jika dilihat memang tidak banyak acara anugerah memberikan anugerah kepada watak jahat antaranya Academy Awards, British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) atau Screen Actors Guild.

Bagaimanapun, di Asia terutamanya anugerah di India sememangnya memberi anugerah kepada watak antagonis sebagai contoh; IIFA Award untuk "Persembahan Watak Negatif Terbaik", Screen Award "Watak Jahat Terbaik" dan Filmfare Award untuk "Persembahan Watak Negatif Terbaik".

"Kita belum terfikir lagi untuk memperkenalkan kategori itu lagi, tetapi kami mempunyai jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menentukan kategori. Mungkin pada FFM akan datang, kami akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan kategori ini."

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
Anda Mungkin Juga Suka:




Ticket Pricing Guide