Buletin
Pemenang anugerah teknikal FFM 27 diumum


Tarikh disiarkan: 3 September 2015


(Kiri ke kanan) Datuk Jailani Johari (KKMM), Datuk Kamil Othman (Finas) dan Datuk Seri
Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (MCMM).

3 Sep – Sebanyak 10 anugerah diberikan ketika majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) yang berlangsung di Symphony Lake Suite, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Jailani Johari bersama dengan Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Kamil Othman dan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.


Along Cham "Raja Lawak" dan Zulin Aziz sebagai pengacara majlis.
 

Datuk Jailani Johari, Datuk Kamil Othman, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan
antara lain yang hadir.

Dihoskan oleh Along Cham dan Zulin Aziz, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Azharina, One Forteen dan Jamilah Abu Bakar.


Persembahan dari Azharina.
 

Persembahan dari Dayang Nurfaizah.

Dengan 10 jumlah anugerah diberikan, produksi Malaysia-Hong Kong "Hungry Ghost Ritual" mendominasi dengan dua anugerah; Pereka Kostum/Busana Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik, sementara lagu Yuna "Lautan" dinobat sebagai Lagu Tema Asal Terbaik untuk filem "Lagenda Budak Setan 3: Kasyah".

Acara utama FFM 27 akan berlangsung di Dewan Plenary, KLCC pada Sabtu ini, 5 September.

Berikut adalah senarai penuh pemenang.

Kesan Khas Terbaik – "Seventh" (Mirage Works)

Pereka Kostum/Busana Terbaik – "Hungry Ghost Ritual" (Elaine Ng & Wing Shum)

Lagu Tema Asal Terbaik – "Lagenda Budak Setan 3: Kasyah" ('Lautan" oleh Yuna)

Penataan Bunyi Terbaik – "Hungry Ghost Ritual" (Winson Poon)

Penataan Seni Terbaik – "Lelaki Harapan Dunia" (Tunku Mohd Taufek / Tunku Tommy Mansur)

Filem Pendek Terbaik – "Salvaj" (Cho We Jun)

Filem Animasi Cereka Terbaik – "Ribbit" (KRU International Sdn Bhd)

Filem Animasi Bersiri Terbaik – "Rimba Racer" (Glue Studios Sdn Bhd)

Skor Muzik Asal Terbaik – "Manisnya Cinta Di Cappadocia" (Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi)

Penggiat Belakang Tabir – Puan Mariam Ibrahim

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.




Ticket Pricing Guide