Buletin
FINAS: Lesen filem dinaikkan 40%


Tarikh disiarkan: 10 Disember 2015


Lesen permohonan filem dijangka akan dinaikkan sebanyak 40%, menurut Ketua Pengarah
FINAS Datuk Kamil Othman.

10 Dis – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah membuat keputusan untuk menaikkan kadar bayaran lesen permohonan pembikinan filem.

Perkara itu telah diumumkan oleh Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman ketika sidang media yang diadakan di Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral, yang menyatakan ia akan dinaikkan sebanyak 40 peratus.

"Kadar bayaran tidak pernah berubah sejak tahun 1983," kata Datuk Kamil Othman.

Ketika ini terdapat enam jenis lesen yang dikeluarkan oleh FINAS, yang Produksi Filem (PF), Produksi Video (PV), Pengedaran Filem (DF), Pengedaran Video (DV), Pemamer Filem (EF) dan Pemamer Video (EV).

Yuran tahunan lesen kebanyakan adalah pada kadar RM100 dengan deposit RM1,000 yang akan dipulangkan kembali, kecuali Lesen PV yang mana memerlukan deposit sebanyak RM5,000. Lesen DV dan DF pula pada kadar RM400 dan deposit sebanyak RM2,500 dan RM1,000 setiap satu.

Sehingga Oktober 2015, sebanyak 5,604 lesen telah dikeluarkan oleh FINAS. Malangnya, kebanyakan pemegang lesen ini tidak aktif atau tidak tahu akan prosedur.


"Terbaik Dari Langit", salah sebuah filem yang berkualiti yang mana FINAS berharap
dijadikan sebagai rujukan untuk pembikin filem akan datang.

"Sesetengah penerbit filem langsung tidak sedar tentang Insentif Filem Di Malaysia (FIMI) dan sekaligus telah menyampaikan maklumat salah kepada syarikat luar untuk melakukan penggambaran di sini," jelas Datuk Kamil Othman yang turut menyatakan tujuan kadar bayaran dinaikkan adalah untuk memastikan pembikin filem yang serius sahaja yang akan memohon lesen.

Tindakan ini dapat mengurangkan pembikinan filem tempatan yang tidak berkualiti, tidak seperti dahulu yang mana lesen pembikinan filem mudah dimohon sekaligus menyaksikan banyak filem-filem tidak berkualiti diterbitkan dan ini menimbulkan ketidak puasan hati terhadap produk tempatan.

Dijangka akan berkuat kuasa pada suku pertama 2016, pemenang lesen yang tidak ingin membayar pada kadar bayaran tinggi boleh menyerahkan lesen mereka kembali dan mendapat deposit mereka semula.

Tindakan tegas FINAS ini menyaksikan bukan sahaja kadar bayaran permohonan lesen dinaikkan, malah Skim Wajib Tayang juga akan mendapat perubahan apabila dua panel komuniti diwujudkan bagi memastikan hanya filem berkualiti sahaja akan ditayangkan di pawagam-pawagam.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click HERE.