Ghaz Abu Bakar puas dengan hasil "Polis Evo" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ghaz Abu Bakar puas dengan hasil "Polis Evo"

Penulis: Ashraf Nasser


Barisan pelakon, pengarah, penerbit dan tenaga kerja "Polis Evo".

4 Sep – Pengarah filem Ghaz Abu Bakar berpuas hati dengan hasil akhir filem terbaru arahannya "Polis Evo".

"Polis Evo membawa saya ke satu tahap yang lebih tinggi dan matang dalam pembikinan filem.

"Ianya satu pengalaman yang cukup menarik apabila dapat bekerjasama dengan tenaga produksi dan barisan pelakon yang cukup hebat.

"Saya yakin filem ini dapat menjanjikan kepuasan dan kelainan kepada para penonton di luar sana," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Polis Evo" di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


Ghaz Abu Bakar berkata "Polis Evo" setanding dengan
filem antarabangsa.

Tambah Ghaz lagi, tiada kekangan dari segi bajet menjadi salah satu faktor untuknya bebas berkarya tanpa batasan sekaligus memberikan yang terbaik untuk filem ini.

Dalam pada itu, Ghaz turut memuji barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Pablo Amirul, Ayie Hushairi dan ramai lagi kerana memberi komitmen tinggi dalam menjayakan filem ini.

Filem terbitan Astro Shaw ini akan menemui penonton pada 17 September ini.

Cinema Online, 04 Sept 2015

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan