Buletin
Kaka Azraff teruja berlakon dengan Nicholas Saputra


Tarikh disiarkan: 18 September 2015


Kaka Azraff gembira diberi peluang untuk berlakon dalam filem arahan Dain Said.

18 Sep – Penyanyi dan pengacara popular Kaka Azraff mengakui teruja dan gementar apabila dapat berlakon dengan bintang Indonesia Nicholas Saputra dalam filem arahan pengarah Dain Said "Interchange".

"Walau hanya tampil sebagai cameo sahaja, namun ia pengalaman cukup besar dan bermakna buat saya kerana filem ini melibatkan kerjasama antarabangsa.

"Awalnya saya tidak tahu akan berlakon dengan Nicholas sehinggalah hari pertama di lokasi. Rasa berdegup-degup jantung ketika itu melihat Nicholas di depan mata kerana saya juga adalah peminatnya menerusi filem "Ada Apa Dengan Cinta"," katanya yang dipetik dari Mangga Online.

Selain Nicholas, filem yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan Prisia Nasution.

Dalam pada itu, pelantun "Bukan Hal Aku" itu berkata walaupun dia kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan, namun dia tetap mengutamakan kerjaya nyanyiannya kerana dia berlakon hanya sekadar suka-suka dan belum serius lagi.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Kaka kini dalam proses pembikinan single terbarunya yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Pada masa sama Kaka turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila lagu "Bukan Hal Aku" duet bersama Sleeq mendapat tercalon dalam kategori Kolaborasi Terbaik Artis di Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada 9 Oktober depan.

(Sumber foto: kedahnews.com)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide