Buletin
"Lelaki Harapan Dunia" dapat 13 pencalonan di FFM27


Tarikh disiarkan: 5 Ogos 2015


Di belakang tabir "Lelaki Harapan Dunia".

5 Ogos – Selepas filem arahan Liew Seng Tat, "Lelaki Harapan Dunia" ("Men Who Save the World"), mendapat anugerah dan pengiktirafan dari beberapa festival filem sebelum ini, kali ini pada pencalonan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27), "Lelaki Harapan Dunia" berjaya tercalon dalam beberapa kategori utama.

"Lelaki Harapan Dunia" berjaya mendominasi dengan 13 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Suntingan Terbaik dan banyak lagi (lihat senarai di bawah).

Dalam pada itu, filem arahan Nik Amir Mustapha "Terbaik Dari Langit" turut mendapat banyak pencalonan iaitu sebanyak 12 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Pencalonan telah diumumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam menerusi laman sosial rasmi FFM27.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan akhir FFM27:

FILEM TERBAIK
1. "Amir & Loqman Pergi ke Laut" (Astro Shaw Sdn Bhd)
2. "Dollah Superstar" (Filmscape Sdn Bhd)
3. "Lelaki Harapan Dunia" (Everythings Film Sdn Bhd)
4. "Manisnya Cinta Di Cappadocia" (Astro Shaw Sdn Bhd, Global Station Sdn Bhd & Red Film Sdn Bhd)
5. "Terbaik Dari Langit" (Astro Shaw Sdn Bhd & Playground Production)

FILEM BUKAN DALAM BAHASA MELAYU TERBAIK
1. "Take Me To Dinner" (Superbear Productions Sdn Bhd & BWC Pictures Sdn Bhd)
2. "The Cage" (Dreamteam Studio Sdn Bhd)
3. "The Great Lion" (Asia Tropical Sdn Bhd)
4. "The Journey" (Astro Shaw Sdn Bhd)
5. "Cuak" (Garang Pictures Sdn Bhd)

PENGARAH TERBAIK
1. Kabir Bhatia ("Dollah Superstar")
2. Liew Seng Tat ("Lelaki Harapan Dunia")
3. Bernard Chauly ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
4. Nik Amir Mustapha ("Terbaik Dari Langit")
5. Mamat Khalid ("Amir & Loqman Pergi ke Laut")

FILEM PENDEK TERBAIK
1. "Kelambu" (Saiem Muhammad)
2. "Xing" (Seeing Eye Film Sdn Bhd)
3. "Hajat" (Ng Ken Kin)
4. "Salvaj" (Cho We Jun)
5. "Leleh" (Fadhlan Khair Fawazul Khair)

FILEM ANIMASI TERBAIK
1. "Super Squad" (Netcarbon Sdn Bhd)
2. "Ribbit" (KRU International Sdn Bhd)

SIRI ANIMASI TERBAIK
1. "Dadudido" (Les' Copaque Production Sdn Bhd)
2. "The Amazing Awang Khenit" (Sead Studios Sdn Bhd)
3. "Chuck Chicken" (Animasia Studio Sdn Bhd)
4. "Rimba Racer" (Glue Studios Sdn Bhd)
5. "Puteri" (Les' Copaque Production Sdn Bhd)

LAKON LAYAR TERBAIK
1. Liew Seng Tat ("Lelaki Harapan Dunia")
2. Rafidah Abdullah ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
3. Alfie Palermo & Khabir Bhatia ("Dollah Superstar")
4. Redza Minhat ("Terbaik Dari Langit")
5. Mamat Khalid ("Amir & Loqman Pergi ke Laut")

PELAKON LELAKI TERBAIK
1. Lee Sai Peng ("The Journey")
2. Wan Hanafi Su ("Lelaki Harapan Dunia")
3. Awie ("Dollah Superstar")
4. Bront Palarae ("Terbaik Dari Langit")
5. Que Haidar ("Ophilia")

PELAKON WANITA TERBAIK
1. Dawn Cheong ("Cuak")
2. Sara Ali ("Kami Histeria")
3. Maya Karin ("Sejoli")
4. Lisa Surihani ("Dendam Orang Mati")
5. Fazura ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
1. Fizz Fairuz ("Dollah Superstar")
2. Amirul Affendi ("Terbaik Dari Langit")
3. Syazwan Zulkifli ("Laga")
4. Nasir Bilal Khan ("Laga")
5. Faizal Hussein ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
1. Izara Aisyah ("Sejoli")
2. Fazura ("Kami Histeria")
3. Eja ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
4. Ayu Raudhah ("Lagenda Budak Setan 3")
5. Nadiya Nisaa ("Terbaik Dari Langit")

CERITA ASAL TERBAIK
1. Amrul Hadi & Kabir Bhatia ("Dollah Superstar")
2. Chiu Keng Guan ("The Journey")
3. Liew Seng Tat ("Lelaki Harapan Dunia")
4. Mamat Khalid ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")
5. Redza Minhat, Tuan Faisal Azmy Tuan Kob & Nik Amir Mustapha ("Terbaik Dari Langit")

SINEMATOGRAFI TERBAIK
1. Eric Yeong ("The Journey")
2. Haris Hue ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
3. Jordan Chiam ("Terbaik Dari Langit")
4. Tan Teck Zee ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")
5. Teoh Gay Hian ("Lelaki Harapan Dunia")

PENYUNTING TERBAIK
1. Adilan Azemi ("Dollah Superstar")
2. Erik Moh ("The Cage")
3. Liew Seng Tat ("Lelaki Harapan Dunia")
4. Nazim Shah ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")
5. Rewan Ishak ("Terbaik Dari Langit")

SKOR MUZIK ASAL
1. Pita Hati ("Terbaik Dari Langit")
2. Imaginax Studio ("Lelaki Harapan Dunia")
3. Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
4. San Wai Lik (Alex San) ("The Journey")
5. Imaginax Studio ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")

PENATAAN SENI TERBAIK
1. Tunku Mohd Taufek ("Lelaki Harapan Dunia")
2. Too Wen Huel ("The Great Lion")
3. Too Wen Huel ("Hungry Ghost Ritual")
4. Rosli Mahmud, Anuar John Paharuddin & Pathullah Luqman ("Apokalips X")
5. Soon Yong Chow ("The Journey")

PENATAAN BUNYI TERBAIK
1. Digital Orange ("Kami Histeria")
2. Winston Poon ("Hungry Ghost Ritual)
3. Imaginax Studios ("Lelaki Harapan Dunia")
4. Adzrey Abdul Kamal ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")
5. Ilya Syazran Lukman ("Dendam Orang Mati")

LAGU TEMA ASAL
1. "Formula Popular Dollah Superstar" – Syed Ahmad Faizal (Pacai) ("Dollah Superstar")
2. "Sahabat" – Pita Hati ("Terbaik Dari Langit")
3. "Sampai Bila" – DJ Fuzz ("Amir & Loqman Pergi Ke Laut")
4. "Lautan" – Yuna ("Lagenda Budak Setan 3")
5. "Kami Histeria" – Monoloque ("Kami Histeria")

PENGARAH HARAPAN
1. Gavin Yap ("Take Me To Dinner")
2. Shamyl Othman ("Kami Histeria")
3. Raja Mukhriz ("Ophilia")
4. Felix Tan & Kethsvin Chee ("The Cage")
5. Razaisyan Rashid ("CEO")

PELAKON HARAPAN LELAKI
1. Ghafir Akbar ("Cuak")
2. Azwan Kombos ("Nasi Tangas")
3. Kodi Rasheed ("Ophilia")
4. Anas Ridzuan ("CEO")
5. Fadlan Hazim ("Sniper")

PELAKON HARAPAN WANITA
1. Dawn Cheong ("Cuak")
2. Adiba Yunus ("Nasi Tangas")
3. Aisya Hasnaa ("Dollah Superstar")
4. Nad Zainal ("Kami Histeria")
5. Izara Aisyah ("Sejoli")

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
1. Raykarl Iskandar ("Lelaki Harapan Dunia")
2. Eunos Madeonus ("Dendam Orang Mati")
3. Muhammad Farhan ("Lelaki Harapan Dunia")
4. Mia Sara Nasuha ("Lagenda Budak Setan 3")
5. Raykarl Iskandar ("Manisnya Cinta di Cappadocia")

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
1. Roshada Abdul Hamid ("Apokalips X")
2. Tunku Mohd Taufek ("Lelaki Harapan Dunia")
3. Jessie Yeow & Fiza Yusof ("Kami Histeria")
4. Daniel Henry Chin ("Manisnya Cinta Di Cappadocia")
5. Elaine Ng & Wing Shum ("Hungry Ghost Ritual")

KESAN KHAS TERBAIK
1. Nabil Zamanhuri ("Terbaik Dari Langit")
2. Bruce Lee Yong Loong ("Kami Histeria")
3. Mirege Works ("Seventh")
4. Weng Meng Hee ("Hungry Ghost Ritual")
5. Viper Studios ("Abang Long Fadil")

FFM27 akan berlangsung pada 5 September depan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Ribbit (4 September 2014)
Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Melayu) (25 September 2014)
Kami Histeria (Melayu) (6 Februari 2014)
Take Me To Dinner (13 Mac 2014)
The Journey (Mandarin / Kantonis) (30 Januari 2014)
Cuak (14 Februari 2014)
Dendam Orang Mati (Melayu) (23 Oktober 2014)
Dollah Superstar (Melayu) (2 Oktober 2014)
Abang Long Fadil (Melayu) (29 Mei 2014)
Ribbit (Melayu) (4 September 2014)
Hungry Ghost Ritual (Kantonis) (10 Julai 2014)
The Cage (Mandarin) (30 Oktober 2014)
Lelaki Harapan Dunia (Melayu) (27 November 2014)
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Melayu) (11 Disember 2014)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Disember 2014)