Buletin
"Lelaki Harapan Dunia" dinobat sebagai Filem Terbaik FFM 27


Tarikh disiarkan: 6 September 2015


Pengarah Liew Seng Tat bersama barisan pelakon "Lelaki Harapan Dunia".

6 Sep - Filem "Lelaki Harapan Dunia" telah dinobat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) semalam yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain anugerah Filem Terbaik, "Lelaki Harapan Dunia" turut merangkul empat anugerah lain termasuk Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik menerusi Liew Seng Tat, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Rykal Iskandar dan Penataan Seni Terbaik menerusi Mohd Taufek dan Tunku Tommy Mansur ketika majlis perasmian FFM 27.



Liew Seng Tat turut dinobat sebagai Pengarah Terbaik untuk FFM 27.

"Saya sangat bersyukur dan berbangga dengan pasukan saya. Saya tidak menjangkakan kemenangan ini, malah saya juga tidak bersedia dengan ucapan ketika menerima trofi," katanya.


Pelakon cilik ini turut berjaya merangkul anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem "Lelaki Harapan Dunia".

Manakala, filem China yang mencetuskan fenomena "The Journey" pula berjaya merangkul empat anugerah iaitu Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lee Saipeng, Sinematografi Terbaik menerusi Eric Yeong dan Filem Box Office.


Pelakon Lelaki Terbaik, Lee Sai Peng ("The Journey") dan Pelakon Wanita Terbaik, Fazura ("Manisnya Cinta Di Cappadocia").

Sementara itu, filem "Terbaik Dari Langit" pulang dengan tiga anugerah; Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Amirul Afendi dan Nadiya Nisaa, serta Anugerah Khas Juri.


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi oleh Nadiya Nisaa menerusi filem "Terbaik Dari Langit".

Dalam pada itu, filem "Amir & Loqman Pergi ke Laut", "Ophilia", "Manisnya Cinta di Cappadocia" dan "Hungry Ghost Ritual" masing-masing membawa pulang dua anugerah.


Persembahan bertenaga dari Joe Flizzow & SonaOne.


Najwa Mahaiddin turut menyampaikan sebuah lagu lama yang diberi nafas baru.

Majlis gilang-gemilang itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad dengan persembahan dari Joe Flizzow bersama SonaOne, Misha Omar, Najwa Mahaiddin dan beberapa lagi.


Amy Search memukau penonton dengan persembahan 'medley'.


Berikut adalah senarai penuh pemenang utama FFM 27:

Penyunting Terbaik - "Dollah Superstar" (Adilan Azemi)
Lakon Layar Terbaik - "Amir & Loqman Pergi ke Laut" (Mamat Khalid)
Sinematografi Terbaik - "The Journey" (Eric Yeong)
Cerita Asal Terbaik - "Lelaki Harapan Dunia" (Liew Seng Tat)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - "Lelaki Harapan Dunia" (Rykarl Iskandar)
Filem Box Office - "The Journey"
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - "Terbaik Dari Langit" (Nadiya Nisaa)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Terbaik Dari Langit" (Amirul Afendi)
Karyawan Sepanjang Zaman - Othman Hafsham
Pelakon Harapan Wanita - "Cuak" (Dawn Cheong)
Pelakon Harapan Lelaki - "Ophilia" (Kodi Rasheed)
Pengarah Harapan - "Ophilia" (Raja Mukhriz)
Anugerah Khas Juri - "The Great Lion"
Anugerah Khas Juri - "Amir & Loqman Pergi ke Laut"
Anugerah Khas Juri - "Terbaik Dari Langit"
Pelakon Wanita Terbaik - "Manisnya Cinta Di Cappadocia" (Fazura)
Pelakon Lelaki Terbaik - "The Journey" (Lee Sai Peng)
Filem Bukan Bahasa Melayu - "The Journey"
Pengarah Terbaik - "Lelaki Harapan Dunia" (Liew Seng Tat)
Filem Terbaik - "Lelaki Harapan Dunia"

Berikut adalah senarai pemenang ketika majlis perasmian FFM 27:

Kesan Khas Terbaik - "Seventh" (Mirage Works) 
Pereka Kostum/Busana Terbaik - "Hungry Ghost Ritual" (Elaine Ng & Wing Shum) 
Lagu Tema Asal Terbaik - "Lagenda Budak Setan 3: Kasyah" ('Lautan" oleh Yuna) 
Penataan Bunyi Terbaik - "Hungry Ghost Ritual" (Winson Poon) 
Penataan Seni Terbaik - "Lelaki Harapan Dunia" (Tunku Mohd Taufek / Tunku Tommy Mansur) 
Filem Pendek Terbaik - "Salvaj" (Cho We Jun) 
Filem Animasi Cereka Terbaik - "Ribbit" (KRU International Sdn Bhd) 
Filem Animasi Bersiri Terbaik - "Rimba Racer" (Glue Studios Sdn Bhd) 
Skor Muzik Asal Terbaik - "Manisnya Cinta Di Cappadocia" (Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi) 
Penggiat Belakang Tabir - Puan Mariam Ibrahim

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, klik sini:

Filem Berkaitan:
Lelaki Harapan Dunia (Melayu) (27 November 2014)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Disember 2014)
The Journey (Mandarin / Kantonis) (30 Januari 2014)
Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Melayu) (25 September 2014)
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Melayu) (11 Disember 2014)
Ophilia (Melayu) (18 Disember 2014)
Dollah Superstar (Melayu) (2 Oktober 2014)
Cuak (14 Februari 2014)
Seventh (Mandarin) (16 Oktober 2014)
Hungry Ghost Ritual (Kantonis) (10 Julai 2014)





Ticket Pricing Guide