Buletin
Lisa Surihani teruja berlakon dengan Sheila Majid


Tarikh disiarkan: 3 November 2015


Lisa Surihani puji komitmen Datuk Sheila Majid dalam filem "Sinaran".

3 Nov – Pelakon Lisa Surihani memuji lakonan Datuk Sheila Majid dalam filem muzikal "Sinaran" walaupun hanya muncul sebagai penampilan istimewa.

Menurut Lisa dia sangat teruja dan gementar pada masa sama apabila dapat berkongsi pentas lakonan dengan ratu jazz negara itu.

"Lisa gembira dapat berlakon dengannya. Dalam hati saya hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan dapat berada dekat dengannya di pentas lakonan.

"Depannya, memang saya berlagak 'cool' dan tenang. Tapi sebenarnya gementar. Tetapi sesuatu harus dipuji, beliau sangat komited," katanya kepada BH Online.

Dalam filem arahan Osman Ali ini, Sheila Majid akan membawa watak sebagai mentor kepada Lisa yang membawa watak Shila.

Tambah isteri kepada pengarah, pelakon dan penerbit filem Yusry Abdul Halim ini lagi, babaknya bersama Sheila Majid cukup memenatkan kerana perlu menjalani penggambaran dari siang sehingga ke awal pagi keesokan harinya, namun ia satu pengalaman yang cukup manis buat dirinya.

Selain Lisa dan Sheila Majid, filem kolaborasi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini turut dibintangi oleh Evan Sanders, Nadiah M. Din, Izara Aishah dan ramai lagi. "Sinaran" akan menemui penonton pada 26 November ini.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Sinaran (Melayu) (26 November 2015)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)





Ticket Pricing Guide