Maya Karin gembira tercalon Pelakon Wanita Terbaik FFM27 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Maya Karin gembira tercalon Pelakon Wanita Terbaik FFM27

Penulis: Ashraf Nasser


Maya Karin gembira kali ke-8 tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM27.

10 Ogos – Pelakon jelita Maya Karin memberitahu dia terkejut apabila namanya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27), namun bersyukur dengan berita gembira itu.

"Saya bukanlah mahu terlalu bangga tetapi Alhamdulillah saya telah lapan kali tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

"Sepanjang "Pontianak Harum Sundal Malam" hingga "Sejoli", sebanyak lapan kali pencalonan dan dua kali menang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Maya, dia yang sering diberi peluang untuk membawa watak yang mampu memberi impak merupakan antara sebab mengapa namanya tercalon dalam kategori itu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun itu berjanji akan memberikan yang terbaik untuk setiap filem yang dibintanginya demi memberi kepuasan kepada penonton.

Cinema Online, 10 Ogos 2015

Filem Berkaitan:
Nota (Malay) (13 Aug 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan