Minggu keempat "Polis Evo" kutip RM15 juta | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Minggu keempat "Polis Evo" kutip RM15 juta

Penulis: Ashraf Nasser


Filem arahan Ghaz Abu Bakar nyata berjaya menambat hati penonton.

16 Okt – Filem aksi arahan Ghaz Abu Bakar "Polis Evo" terus mendominasi jumlah kutipan filem tempatan apabila berjaya mengutip RM15 juta selepas 28 hari tayangannya.

Dipetik dari Astro Gempak, filem terbitan Astro Shaw dan dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini telah berjaya menjadi filem tempatan Melayu dengan kutipan tertinggi sekaligus mengatasi kutipan filem arahan Syamsul Yusof "KL Gangster" yang memegang rekod kutipan RM11.74 juta.

Walaupun kini sudah memasuki minggu kelima tayangan, "Polis Evo" masih lagi mendapat sambutan memberangsangkan di 98 buah pawagam di seluruh negara.

Kecemerlangan filem "Polis Evo" ini bermula pada minggu pertama lagi apabila berjaya mengutip RM2.5 juta sebelum meningkat kepada RM8 juta pada minggu kedua tayangannya, seterusnya RM13 juta pada minggu ketiga.

Jika jualan tiket kekal dan semakin meningkat, tidak mustahil filem "Polis Evo" boleh menewaskan kutipan filem tertinggi di Malaysia ketika ini "The Journey" yang mengutip sebanyak RM17.17 juta.

"Polis Evo" mengisahkan tentang dua inspektor polis yang mempunyai dua personaliti berbeza, namun terpaksa bekerjasama bagi menumpaskan satu organisasi pengedaran dadah.

Cinema Online, 16 Okt 2015

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan