Buletin
"Mission Impossible" terajui carta Box Office


Tarikh disiarkan: 6 Ogos 2015


Tom Cruise dan Rebecca Ferguson dalam "Mission: Impossible Rogue Nation".

6 Ogos – Filem terbaru francais "Mission Impossible" lakonan Tom Cruise telah berjaya menduduki tangga teratas selepas ditayangkan minggu lalu.

"Mission: Impossible Rogue Nation" menduduki tangga pertama di box office Amerika Syarikat (AS), dengan kutipan sebanyak USD55.5 juta, yang merupakan kutipan lebih tinggi berbanding filem terdahulu, "Mission: Impossible Ghost Protocol", yang hanya mendapat sebanyak USD12.7 juta.

Filem terbaru mengisahkan Ethan Hunt dan pasukan IMF-nya terpaksa menentang The Syndicate – sebuah organisasi pembunuh upahan yang diberi tugas untuk memusnahkan IMF.

Sehingga kini, filem kelima "Mission Impossible" ini telah berjaya mengutip sebanyak USD120.5 juta di seluruh dunia, dengan bajet pembikinan filem yang menelan sebanyak USD150 juta.


"Vacation" berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Filem dibintangi Ed Helms dan Christina Applegate, "Vacation", hanya berjaya menduduki tangga kedua minggu lalu. Filem ketujuh dari filem bersiri "National Lampoon's Vacation" ini hanya berjaya mengutip sebanyak USD14.6 juta di AS, berdasarkan statistik dari Box Office Mojo.

Seperti kebanyakan filem 'R-rated' yang ditayangkan di AS tahun ini, ia mendapat ulasan negatif dan sambutan yang hambar di pawagam. Setakat ini, filem 'R-rated' pada tahun 2015 yang berjaya mendapat ulasan baik adalah "Trainwreck" dan "Spy".

Sementara itu, filem lakonan Paul Rudd, "Marvel's Ant-Man", turun dua tangga ke tangga ketiga, dengan tambahan kutipan sebanyak USD12.8 juta. Sehingga kini, filem adiwira 'kerdil' ini telah berjaya mendapat kutipan di seluruh dunia sebanyak USD291.8 juta.


Babak dalam filem Singapura, "1965".

"Mission: Impossible Rogue Nation" juga berjaya menduduki tangga pertama di carta box office Malaysia. Filem terbaru ini berjaya merampas kedudukan filem "Marvel's Ant-Man" yang kini jatuh di tangga kedua. Sementara itu, satu lagi filem baru yang ditayangkan, "Sakalakala Vallavan Appatakkar", berjaya menduduki tangga ketiga.

Keadaan ini sama di Singapura dengan filem "Mission: Impossible Rogue Nation" menguasai tangga pertama, manakala "Marvel's Ant-Man" jatuh ke kedudukan kedua. Filem terbaru SG50, "1965", yang mengisahkan tentang peralihan dan perubahan kehidupan masyarakat ketika Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, berjaya menduduki tangga ketiga.

Filem lain yang turut ditayangkan di Malaysia minggu lalu adalah "CCTV", "Detective Conan: Sunflowers Of Inferno", "Orange Mittai" dan "Drishyam".

Filem baru ditayangkan di Singapura pula termasuk "Orange Mittai", "Sakalakala Vallavan Appatakkar", "Idu Enna Maayam", "Drishyam" dan "Madame Bovary".

Box office takings for the weekend just gone 
(
30 July - 02 August 2015)

Malaysia
1) Mission: Impossible Rogue Nation
2) Marvel's Ant-Man
3) Sakalakala Vallavan Appatakkar
4) Monster Hunt
5) Paper Towns
6) The Vatican Tapes
7) CCTV
8) The Gallows
9) Terminator Genisys
10) Ju-On 4: The Final Curse 
Singapore
1) Mission: Impossible Rogue Nation
2) Marvel's Ant-Man
3) 1965
4) Monster Hunt
5) Paper Towns
6) The Vatican Tapes
7) Southpaw
8) Minions
9) Our Sister Mambo
10) Jurassic World

 

Penulis: Florey DM



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide