Nadiya Nisaa tidak 'demand' bayaran tinggi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nadiya Nisaa tidak 'demand' bayaran tinggi

Penulis: Ashraf Nasser

 


Nadiya Nisaa berkata pelakon tidak perlu minta bayaran terlalu tinggi kerana industri hiburan
negara kecil.

2 Sep - Pelakon popular Nadiya Nisaa menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bersikap 'demanding' apabila meminta bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selepas memenangi beberapa anugerah.

"Memang saya biasa dapat tanggapan sedemikian apabila pihak pengarah atau penerbit merasakan bayaran saya akan lebih tinggi setelah menang dan tercalon beberapa anugerah.

"Tetapi sebenarnya saya bukanlah seperti itu iaitu terlalu 'demand' dengan harga. Apa yang saya mahu katakan, bayaran itu mestilah setimpal dengan apa yang saya berikan dalam lakonan," katanya kepada Sinar Harian.

Pelakon "Jiwa Taiko" ini juga berkata dia akan menjelaskan keadaan sebenar kepada pihak produksi yang mahu mengambilnya berlakon bagi mengelak sebarang salah faham.

Tambah pelakon berusia 30 tahun ini lagi, pelakon tidak patut meminta bayaran terlalu tinggi kerana industri seni tempatan kecil sahaja.

Oleh itu, bayaran boleh diberikan perlu mengikut kualiti lakonan pelakon itu sendiri.

Dalam pada itu, Nadiya yang tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) menerusi filem "Terbaik Dari Langit" yang akan berlangsung pada 5 September ini bersyukur apabila kerja kerasnya mendapat pengiktirafan.

"Rasa bersalah saya meninggalkan suami dan anak menjalani penggambaran seperti terbayar selepas tercalon untuk kali ketiga ini."

Cinema Online, 02 Sept 2015


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan