Nadiya Nisaa tolak tawaran jika watak sama | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nadiya Nisaa tolak tawaran jika watak sama

Penulis: Ashraf Nasser


Nadiya Nisaa lebih pentingkan kepuasan berlakon berbanding bayaran.

30 Sep – Pelakon Nadiya Nisaa mengakui tidak akan menerima tawaran berlakon jika watak yang ditawarkan pernah dibawanya sebelum ini.

"Kali kedua ditawarkan watak yang sama memang saya tolak. Jika watak yang sama tetapi mempunyai sisi yang berlainan, mungkin saya akan terima," katanya kepada Utusan Online.

Menurut pelakon filem "Terbaik Dari Langit" ini, dia tidak mahu dilabel sebagai pelakon untuk satu genre sahaja.

Walaupun sudah memenangi beberapa anugerah berprestij, namun pelakon berusia 30 tahun itu masih lagi menganggap dirinya sebagai pelakon baru yang belum layak untuk bersikap selektif dalam watak yang ditawarkan.

Bagaimanapun Nadiya menyuarakan hasratnya untuk membawa watak sebagai seorang ahli sukan dan juga terlibat dalam filem aksi.

Dalam pada itu, Nadiya menjelaskan bahawa dia bukan seorang pelakon yang mencari kemewahan dalam dunia lakonan kerana baginya wang hanyalah ganjaran dan bukannya kepuasan yang dicari sepanjang terlibat dalam industri seni.

Tambahnya lagi, berpeluang bekerja dengan pelakon dan pengarah hebat merupakan pegangannya untuk terus berada dalam industri selain menimba pengalaman.

Cinema Online, 30 Sept 2015

Filem Berkaitan:
Terbaik Dari Langit (Malay) (25 Dec 2014)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.
Waktu Tayangan