Buletin
Filem Namewee "Banglasia" ditayangkan di FFAS


Tarikh disiarkan: 23 Oktober 2015


Salah satu babak filem aksi komedi "Banglasia" arahan Namewee.

23 Okt – Filem "Banglasia" sememangnya telah diharamkan dari di Malaysia, namun ia tidak menghalang filem arahan Namewee ini dari ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-26 (FFAS).

Filem aksi komedi ini adalah salah satu dari dua buah filem Malaysia yang terpilih untuk ke festival ini pada tahun ini, satu lagi adalah filem pendek arahan Virginia Kennedy "Thread".

Terdahulu filem "Banglasia" telah diharamkan di Malaysia dengan pihak Lembaga Penapisan Filem menggariskan 31 sebab ini, akan ditayangkan di bawah segmen Asian Vision pada 3 Disember pukul 9.30 malam di Shaw Theatres Lido, di mana pengarah-pelakon akan turut hadir.

Sebelum FFAS, filem itu telah mengadakan tayangan perdana di Program Istimewa Festival Filem Asian Osaka 2015 , segmen yang akan menampilkan filem aksi baru dari negara Asia Tenggara. Pada Julai lalu filem tersebut telah ditayangkan di Festival Filem New York Asia ke-14.


Filem pendek Virginia Kennedy, "Thread".

Sementara itu, pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy yang berpengkalan di Malaysia, akan mewakili Malaysia di Pertandingan Filem Pendek Asia Tenggara 2 dengan filem pendeknya "Thread".

Membuat tayangan di Singapura, "Thread" mengisahkan tentang seorang tukang jahit yang dihantui lembaga di tempat kerjaya. Filem Mandarin itu sebelum ini ditayangkan di Amerika Utara pada Festival Filem Antarabangsa Miami ke-32 pada Mac lalu.

Kennedy baru-baru ini telah muncul dengan filem cereka pertamanya berjudul "Girlfriend Kontrak" iaitu genre romantik komedi yang dibintangi oleh Keith Foo dan Nur Risteena, bersama Bront Palarae, Farah Fauzana dan ramai lagi.

FFAS ke-26 akan berlangsung di beberapa lokasi di Singapura dari 26 November hingga 6 Disember.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide