Buletin
Pemenang FFM 27 bakal terima trofi bersalut emas


Tarikh disiarkan: 11 Ogos 2015


Festival Filem Malaysia ke-27 bakal berlangsung 5 September 2015.


Trofi bersalutkan emas.
(Sumber foto: mStar)


11 Ogos
– Pengarah Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) Datuk Fauzi Ayob memberitahu tahun ini pihaknya membuat sedikit perubahan iaitu pemenang tidak akan lagi menerima ganjaran berupa wang tunai, sebaliknya menerima trofi yang bersalutkan emas.

"Kami mahu orang lebih menghargai anugerah berkenaan apabila pada bahagian trofi itu disalut emas jenis 916 iaitu meletakkan segala nilai pada trofi berkenaan," katanya kepada mStar.

Terdahulu pemenang-pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai diantara RM10,000 dan RM25,000.

Dalam pada itu, Fauzi berkata mereka berbuat demikian kerana mahu memberi penghargaan yang lebih tinggi nilai selain membuatkan pemenang merasa lebih dihargai.

Malam kemuncak FFM 27 akan berlangsung pada di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5 September depan.

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide