Buletin
Percaturan pengarah dalam "Love, Supermoon" berjaya


Tarikh disiarkan: 21 Oktober 2015


Barisan pelakon, pengarah dan penerbit "Love, Supermoon".

21 Okt – Percaturan pengarah Wan Hasliza Wan Zainudin dalam filem romantik komedi arahannya "Love, Supermoon" berjaya digarap dengan baik sekali.

Menurut Wan Hasliza, idea asal dan skrip itu sudah terperap selama dua tahun sebelum ia disemak semula oleh pihak penerbit dan pengarah setelah disesuaikan dengan jalan cerita mengikut situasi semasa.


Pengarah "Love, Supermoon" Wan Hasliza.

Tambah pengarah lagi, "Love, Supermoon" adalah percubaan pertamanya dalam genre romantik komedi, dan untuk mewujudkan romantik itu sesuatu yang baru baginya. Tetapi dengan barisan pelakon hebat ia banyak memudahkan kerjanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar dan juga penerbit filem Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata dia yakin dengan filem ini sekaligus meneruskan tradisi Grand Brilliance yang pernah menerbitkan filem-filem romantik komedi berkualiti seperti "Istanbul Aku Datang", "Sejoli" dan "Girlfriend Kontrak".

Tambah Tengku Iesta lagi, "Love, Supermoon" adalah sebuah filem wajib tonton kerana hasil penulisan dan arahan Wan Hasliza yang segar dan juga gandingan pelakon-pelakon mantap ini pastinya akan menghiburkan penonton-penonton.

"Love, Supermoon" yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid dan ramai lagi ini akan ditayangkan pada 22 Oktober ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Love, Supermoon (Melayu) (22 Oktober 2015)





Ticket Pricing Guide