"Polis Evo" kutip RM8 juta selepas 11 hari tayangan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Polis Evo" kutip RM8 juta selepas 11 hari tayangan

Penulis: Ashraf Nasser


Gandingan mantap Shaheizy Sam & Zizan Razak nyata memberi impak besar dalam "Polis Evo".

29 Sep - Filem aksi "Polis Evo" arahan Ghaz Abu Bakar telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8 juta selepas 11 hari tayangannya di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang mula ditayangkan sejak 17 September lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan sekaligus membuktikan industri perfileman tempatan tidak berkubur lagi tetapi kurang filem berkualiti.

Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata pihaknya akan terus mempromosikan filem ini bagi menarik lebih ramai penonton ke pawagam.

"Kami bersykur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini. Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada "Polis Evo" untuk menduduki tempat teratas di carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Najwa turut berkata ia masih terlalu awal untuk meramal kedaan industri perfileman tempatan, namun diharap dengan kejayaan memberangsangkan ini dapat memberi suntikan semangat kepada penggiat filem tempatan.

"Polis Evo" diterajui oleh pelakon hebat Shaheizy Sam dan Zizan Razak serta dibarisi Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul dan ramai lagi.

Cinema Online, 29 Sept 2015

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)



Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan