Buletin
Raja Ilya dalami kehidupan pelacur demi watak


Tarikh disiarkan: 5 November 2015


Raja Ilya juga pernah menyuarakan hasratnya untuk membawa watak
yang memerlukan dia membotakkan kepalanya.

5 Nov – Demi menjayakan watak sebagai seorang pelacur dalam drama lakonannya "Lorong Kecil ke Syurga", Raja Ilya berkata dia telah mendalami kehidupan pelacur sebenar untuk rujukannya berikutan watak yang dipegangnya itu berat dan mencabar.

"Watak sebagai pelacur jalanan dalam drama itu memang satu watak yang kuat. Ia bukanlah watak stereotaip atau watak antagonis seperti mana yang saya selalu bawakan.

"Saya habiskan masa selama tiga hari mendalami kehidupan mereka, di tempat mereka bekerja," katanya kepada Media Hiburan.

Tambah pelakon "Suamiku Encik Perfect 10" ini lagi, dia menghabiskan masa di kawasan-kawasan pelacuran seperti di Jalan Alor dan Jalan Chow Kit.

Selepas membuat mendalami kehidupan pelacur sebenar, Raja Ilya mengakui berasa tidak yakin dapat menjayakan watak tersebut, namun dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pengarah Raja Mukhriz dia berjaya juga membawa watak itu sehingga drama tersebut tercalon pada Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015).

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya baru sahaja muncul dengan filem terbarunya berjudul "Jelmaan" yang mula ditayangkan pada 31 Oktober lalu di Astro First.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.




Ticket Pricing Guide