Buletin
Raja Ilya kongsi pengalaman menakutkan ketika penggambaran


Tarikh disiarkan: 17 Oktober 2015


Raja Ilya tidak serik dan akan terus berlakon dalam cerita seram.

17 Okt – Aktres Raja Ilya berkongsi pengalaman menakutkan antaranya hampir dirasuk serta ada makhluk halus yang mendampinginya ketika menjalani penggambaran telefilem "Jelmaan" di kawasan peninggalan sejarah di Jogjakarta, Indonesia.

"Semasa salah satu babak di kawasan gaung untuk adegan kemalangan bas, jari kaki saya terlanggar sesuatu. Saya tak pasti apa yang saya langgar.

"Kesannya, rasa sakit yang teramat sangat dan tiba-tiba perasaan saya jadi macam tidak tenang. Semasa balik ke bilik hotel, saya dah rasa meremang bulu roma satu badan dan amat takut," katanya kepada Mangga Online.

Tambah pelakon "Appalam" ini lagi, pada keesokannya harinya dia telah memberitahu kepada pawang yang ditugaskan untuk menjaga mereka ketika penggambaran itu memeriksanya sebelum mengurut kakinya untuk mengeluarkan makhluk halus yang mendampinginya.

Raja Ilya turut berkata dia diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa kawasan penggambaran itu sememangnya mempunyail pelbagai kisah mistik.

Dalam pada itu, walaupun diganggu oleh makhluk halus namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berlakon cerita seram, malah jika selepas ini ada lagi tawaran berlakon cerita seram dia akan menerimanya.

Menurutnya, perkara seperti itu adalah satu pengalaman yang berharga buat dirinya untuk terus memantapkan lagi mutu lakonannya.

Selain Raja Ilya, "Jelmaan" turut dibintangi dua pelakon cilik berbakat besar iaitu Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Appalam (Tamil) (25 November 2010)





Ticket Pricing Guide