Buletin
Raja Ilya idam watak yang perlukannya botakkan rambut


Tarikh disiarkan: 5 Oktober 2015


Raja Ilya memberitahu dia tidak kisah apa jenis watak yang ditawarkan kepadanya.

5 Okt – Aktres Raja Ilya mengakui masih menunggu tawaran berlakon yang memerlukannya membotakkan rambutnya.

"Saya sebenarnya memang menanti-nantikan tawaran berlakon yang memerlukan saya membotakkan rambut, namun tiada rezeki lagi," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2015 di The Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Raja Ilya, sebelum ini dia juga pernah membawa watak penyakit Down Syndrome dalam sebuah drama lakonannya yang turut memerlukannya menguruskan badan.

Tambah Raja Ilya lagi, sebagai seorang pelakon dia mahu memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan kerana ia bukan sahaja dapat memberi impak kepada penonton, malah turut memberinya kepuasan berlakon.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu bahawa dia tidak selektif dalam memilih tawaran yang ditawarkan kepadanya.

Sementara itu, pelakon itu turut meluahkan keterujaannya untuk menjalani penggambaran filem Bollywood pada Disember depan di mana akan menampilkan aktres terkenal Bollywood, Kajol.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Appalam (Tamil) (25 November 2010)





Ticket Pricing Guide