Buletin
Raja Ilya pernah ditipu produksi filem Tamil


Tarikh disiarkan: 23 November 2015


Raja Ilya bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem "Dari KL ke Bollywood".

23 Nov – Pelakon Raja Ilya menceritakan pengalaman pahitnya ketika cuba menembusi pasaran filem Tamil di Tamil Nadu, India apabila ditipu oleh pihak produksi yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Saya dapat tawaran berlakon watak polis dalam filem Tamil. Mereka beritahu ada babak antara saya dan bintang Tamil, Rajinikanth.

"Tiba-tiba mereka minta tolong saya carikan sebanyak 20 orang pelakon untuk watak-watak lain. Apabila saya meminta bayaran, mereka mengamuk dan selepas itu terjadi perbalahan antara kami," katanya kepada Kosmo!

Tambah pelakon "Appalam" ini lagi, produksi Tamil di sana tidak menghormati pelakon Malaysia dan memberi layanan buruk, berbeza dengan cara kerja produksi tempatan.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu dia kini dalam persiapan untuk memulakan penggambaran filem terbitan produksi dari India berjudul "Dari KL ke Bollywood" yang akan memulakan penggambaran sekitar tahun hadapan.

Dalam filem itu Raja Ilya akan bergandingan dengan pelakon popular Shaheizy Sam, selain penampilan istimewa oleh pelakon Bollywood, Kajol.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Appalam (Tamil) (25 November 2010)





Ticket Pricing Guide