Rajinikanth tiba di Malaysia untuk "Kabali" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Rajinikanth tiba di Malaysia untuk "Kabali"

Penulis: Florey DM


Rajinikanth (tengah) dikawal oleh pengawal keselamatan.

27 Okt – Bintang filem Tamil Rajinikanth telah tiba di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, "Kabali". Pelakon itu tiba petang semalam pada pukul 5.45pm disambut meriah oleh peminatnya.

Pengguna laman sosial Twitter dan Instagram memuat naik foto dan video ketibaannya dengan hastag #kabaliinmalaysia

Hastag lain seperti #rajinikanthinmalaysia dan #kabali juga digunakan di semua platform media sosial.

Pelakon berusia 64 tahun itu dijadualkan akan berada di Malaysia selama sebulan. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan tempoh penggambaran terpaksa dipendekkan dan ditunda berikutan beberapa isu.


Rajinikanth tiba di Malaysia (Sumber foto: twitter.com/rameshlaus).


Rajinikanth mempunyai ramai peminat di Malaysia (Sumber foto: twitter.com/rajinifc).

Menurut laporan The Rakyat Post, selepas Malaysia pelakon itu akan ke Hong Kong dan Thailand untuk menghabiskan penggambaran filem itu.

Rajinikanth akan membawa watak sebagai seorang penjahat, watak yang diinspirasikan dari gangster sebenar. "Kabali" adalah filem ke 159-nya yang turut akan dibintangi oleh Radhika Apte, Kishore, Kalaiyarasan dan Dhansika.


Rajinikanth di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) (Sumber foto: therakyatpost.com).

"Kabali" dijadualkan akan ditayangkan pada April 2016.

(Sumber foto: twitter.com/rameshlaus)

Cinema Online, 27 Okt 2015


Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan