Risteena akui Keith Foo banyak beri tunjuk ajar | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Risteena akui Keith Foo banyak beri tunjuk ajar

Penulis: Ashraf Nasser


Risteena bersyukur kerana diberi peluang untuk membintangi filem "Girlfriend Kontrak"
sebagai peneraju.

16 Sep – Pelakon baru Risteena berterima kasih kepada aktor popular Keith Foo kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepadanya ketika menjayakan filem "Girlfriend Kontrak".

"Biar pertama kali bergandingan, sikap dia (Keith) banyak membantu saya menjiwai watak Alisa. Sikap dia yang sangat terbuka banyak membantu saya mencipta keserasian antara kami," katanya kepada BH Online.


Barisan pelakon, penerbit, pengarah filem "Girlfriend Kontrak".

Tambah pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas itu lagi, walaupun Keith merupakan seorang pelakon yang mempunyai banyak pengalaman, namun dia tidak lokek untuk berkongsi dengannya.

Filem arahan sulung pengarah dari Australia, Virginia Kennedy ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang dalam misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh projek pembangunan milik seorang lelaki hartawan.

Selain Risteena dan Keith, "Girlfriend Kontrak" turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Bront Palarae, Azad Jasmin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin dan Fara Fauzana.

Filem romantik terbitan Grand Brilliance ini akan menemui penonton pada 24 September ini.

(Sumber foto: mediaterjah)

Cinema Online, 16 Sept 2015

Filem Berkaitan:
Girlfriend Kontrak (Malay) (24 Sep 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan