Buletin
Risteena Munim tak kejar populariti


Tarikh disiarkan: 24 September 2015


Risteena Munim akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu lakonannya.

24 Sep – Pelakon Risteena Munim bersyukur dengan perkembangan seninya kini dan mengakui tidak mengejar populariti kerana baginya semua itu bergantung kepada rezeki masing-masing.

"Bukan mahu bercakap sombong tetapi Alhamdulillah tawaran kepada saya tidak pernah putus. Masih ada yang memerlukan khidmat saya sebagai pelakon walaupun nama saya tidak berapa nak dikenali," katanya kepada Utusan Online.

Tambah Risteena lagi, dia tidak kisah jika lambat untuk popular kerana yang penting menerima tawaran berlakon untuk mencari rezeki.

Pada masa sama, pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu dia belum puas dalam dunia lakonan dan banyak lagi perkara yang belum dicapainya.

Pelakon filem "Girlfriend Kontrak" itu turut menyuarakan hasratnya untuk membawa watak sebagai wanita jahat.

Dalam pada itu, Risteena yang enggan mengambil pusing dengan kritikan negatif terhadap lakonannya kerana kritikan itu akan membuatkannya untuk berusaha lebih keras lagi dan memperbaiki mutu lakonannya.

(Sumber foto: mStar)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Girlfriend Kontrak (Melayu) (24 September 2015)





Ticket Pricing Guide