Sam mahu kurangkan filem komedi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sam mahu kurangkan filem komedi

Penulis: Ashraf Nasser


Sam mahu mengukir namanya di Malaysia dan di persada antarabangsa.

2 Okt – Pelakon popular Shaheizy Sam memberitahu bahawa dia kini mahu mengurangkan pembabitannya dalam filem-filem bergenre komedi kerana mahu memberi tumpuan kepada naskhah yang betul-betul berkualiti.

Sam bagaimanapun berkata dia tidak akan menolak tawaran berlakon filem seperti itu jika ditawarkan demi kelangsungan hidupnya.

Tambah pelakon "Manisnya Cinta Di Cappadocia" ini, dia kini mengejar impiannya untuk membawa namanya dan negara ke pentas antarabangsa menerusi lakonannya.

"Sasaran saya sekarang adalah untuk membawa bendera Malaysia ke negara lain. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini saya sudah mula menerima naskhah-naskhah yang bagus dan penonton bakal melihat saya seorang yang serius dalam merealisasikan impian ini," katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, lakonan mantap Sam bersama Zizan Razak dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar "Polis Evo" telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8 juta selepas 11 hari tayangannya.

Pada masa sama, Sam juga bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Rembat" yang akan menemui penonton pada 8 Oktober ini.

Cinema Online, 02 Okt 2015

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)
Rembat (Malay) (08 Oct 2015)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan