Buletin
Sentuhan Osman Ali dalam "Langit Cinta" menjadi


Tarikh disiarkan: 23 Disember 2015

23 Dis – Filem "Langit Cinta" arahan Osman Ali bakal membuka tirai filem tempatan pada tahun 2016 dengan sebuah karya romantik drama.

Jika sebelum ini filem arahan Osman Ali, "Ombak Rindu" diadaptasi dari novel terlaris, namun kali ini terbalik pula yang mana filem "Langit Cinta" akan diadaptasi ke novel.

"Filem "Langit Cinta" yang saya tampilkan adalah berbeza dengan filem-filem yang pernah saya hasilkan kerana antagonis cintanya bukan hanya pada manusia, sebaliknya jodoh dan takdir yang menentukan segalanya," katanya yang ditemui selepas majlis pratonton filem "Langit Cinta" di Cathay Cineplex eCurve, semalam.

Dalam pada itu, Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata dia berharap filem ini akan menjadi pembuka tirai 2016 positif buat Astro Shaw selepas kejayaan filem terbitannya "Polis Evo" berjaya meraih lebih RM18 juta pada tahun ini.

"Langit Cinta" menggabungkan barisan pelakon generasi baru dan lama seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P Ramlee, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Sementara itu, penyanyi popular Dayang Nurfaizah telah diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema filem yang menggunakan judul sama.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Langit Cinta (Melayu) (7 Januari 2016)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)